Saturday 13 December 2014

Pelbagai Cabaran dalam Hidup Aku

Assalamualaikum korang hari ni aku nak citer pasal pelbagai cabaran yang aku lalui semasa aku belajar di PTPL SHAH ALAM ...memang banyak cabarannya kadangkala susah dan kadangkala senang ....dulu masa arwah tok ada aku akan selalu citer pasal masalah aku kat dia ...sekarang bila dia dah tak ada aku dah tak ada tempat mengadu...hmmmm wani rindu tok ....tak pe tok kita jumpa di akhirat insyaallah ...

aku rindukan dia

Aku rindu dia yang nak tergelak semalam masa aku whatsapp dia kelakar giler sampai 2 orang aku whatsapp sampai tepon jamned terus giler2....Mula2 farah suruh aku tanya org tu esok dia ada exam tak maksudnya hari ni lah ....malam tadi aku whatsapp dia dari kul 9.14 sampai kul 11.00 pm huhuhu memang sweet moments lah ...bila hati ni dah suka semuanya mcm shine bright like a diamond ...hmmm tapi hidup aku ni aku takkan dpt apa yang aku inginkan hmmm mungkin dah di takdirkan untuk aku begini....kenapa bila aku suka seseorang mesti orang tu dah berpunya why???? tak layak ke aku bercinta ? apa salah dan dosa aku sampai aku tak boleh suka kat seseorang

Akhirnya aku jumpa kelainan masa cuti sem yang lalu



 

Assalamualaikum semua hari ni aku akan menceritakan kisah aku masa cuti sem yang baru saja habis.Jujur aku cakap sebenar aku mencintai F tetapi bila saja F suruh aku kurangkan ws dgn dia aku terus give up dengan dia .Kerja aku hanyalah menangis...menangis pada masa yang sama B datang dalam hidup aku .Mesti korang nak tahu mcm mana B boleh rapat dgn aku right ?? Citer dia mcm ni aritu B ada buat moment kat wechat yang mengatakan dia sakit kaki sebab tersepak bucu kayu sampailah kaki dia luka ...Aku ni pulak jenis caring bila kawan2 aku sakit atau kurang sihat..Tak sangka pulak B boleh ada perasaan kat aku bila aku caring pasal dia..Yang paling aku suka tentang dia adalah dia caring masa aku demam ...susah kan nak cari lelaki mcm ni zaman sekarang ..B mengaku yang dia suka kat aku ingatkan dia main2 dgn apa yang dia ckp tu rupanya2 apa yang dia ckp semuanya betul. Mungkin dah di takdirkan aku dgn dia..Aku pun terkejut masa tu sebab aku tak taw nak buat apa sedangkan aku masih sygkan F tetapi aku berfikir antara F dan B sapa yang paling caring pasal aku ??? Atas nasihat kawan aku farah aku telah berfikir dan membuat keputusan aku telah memilih B dalam hidup aku walaupun pada masa yang sama aku belum mencintai dia sepenuhnya. Aku kesian pada dia sebab dia sayangkan aku tetapi sanggupkah aku menolak cinta dia sedangkan dia caring pasal aku ...Di sebabkan itulah aku terpaksa menerima dia dalam hidup aku. Kata orang kadang2 benda terpaksa kita akan tersuka memang betul kata orang selama ni .Sebab selepas seminggu saja aku masuk sem 2 aku dah mula mencintai dia mungkin allah yang bagi perasaan ni kat aku...Dari situlah aku dah mula rindukan dia ,dah mula sayang dia dan mcm2 lah. Aku akan menjaga hati dan perasaan dia dan aku akan cuba menghargai dia sepenuh hati aku. Kadang2 aku memang cemburu bila tengok dia dgn org lain ..aku cuba untuk mengawal perasaan cemburu aku tu sebab aku tak nak di gelar 'Queen Control' sebab aku bukan isteri dia yang sah yang mengawal pengerakan hidup dia aku tak nak dia rimas dgn aku. Dalam diam memang aku banyak menangis sebab itulah kelemahan seorang perempuan .Sejak jumpa dia aku mula merasai kebahagiaan yang baru dalam hidup aku ni. Sekarang aku keliru sebab aku kerap kali mimpi F dan B secara serentak pada masa yang sama. Padahal aku dah ada org lain tapi kenapa aku selalu mimpi org yang pernah kecewakan aku ??? Ada sesetengah kawan aku ckp mungkin itu satu petanda yang menunjukkan dia menyesal dgn perbuatan dia terhadap aku. Walau apa pun yang jadi aku takkan lepaskan B sebab aku tak sanggup lah nak buat dia nangis..Ayat dia masa luahkan perasaan kat aku buat aku serba salah klau aku reject dia sebab dia ckp dia saja sembunyikan perasaan dia kat aku sebab dia tahu kemungkinan aku tak ada rasa apa2 kat dia ..Masa tu jugak dia tak taw yang aku dah rasa lain bila aku selalu chat dgn dia kat wechat ... Dia siap panggil aku sayang bagai masa tu serious aku cakap aku dah rasa pelik rupanya dia dah start ada perasaan kat aku dalam diam .Syukur alhamdullilah sebab dia sayangkan aku dan aku pun dah mula sayangkan dia ...biarlah percintaan aku dgn dia hanya allah yang menjadi saksi dgn setiap apa yang berlaku antara aku dgn dia.