Saturday 10 February 2024

syaz 2024

 Assalamualaikum semua setelah sekian lama syaz tak update di blog ni, semenjak busy dengan dropship dan life sendiri.. pejam celik pejam celik terus masuk 2024. Kadangkala syaz tertanya kenapa allah taala menguji seseorang itu , dia uji sebab dia sayang kita, dia tahu kita kuat dan tabah orangnya,, tetapi ramai juga yang pertikai kenapa dan kenapa...Ada satu pepatah ni berkata kita mencari di mana matahari lalu awan dan hujan menutupi matahari, rupanya allah nak hadiahkan satu pelangi tanpa kita sedar.

Begitu juga dengan kehidupan kita, sepahit mana pun dugaan..bersabarlah pasti ada kemanisan selepas itu. Ya betul..dia menguji kita sebab dia tahu hambanya kuat dan mampu. allah tak akan beri satu ujian luar kemampuan hambanya itu. Setelah beberapa tahun ini banyak yang syaz belajar ...ya hidup itu keras dan tak semua orang boleh survive ..hanya seorang fighter dan hati kental sahaja boleh adapt. Now syaz busy siapkan lesen kereta , dan finally tak sabar nak pergi seminar bisnes hasbul brothers. sebelum ni banyak halangan yang datang, setiap kejadian ada hikmahnya dan allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. 

Macam2 kejadian yang berlaku pada syaz dari tahun 2023 sehinggalah sekarang 2024. Syaz hanya mampu berdoa, iktihiar dan tawakal pada Nya. sebab syaz hanyalah insan biasa ...kadang baik macam mana pun diri kita belum tentu ia boleh puaskan hati semua . Itulah di panggil lumrah kehidupan yang perlu kita tempuhi walau sepahit mana dugaan, satu ia pasti berakhir dengan kebahagiaan serta kemanisan tanpa kita sangka dan tanpa kita sedar.