Sunday 24 July 2016

Aku bebas

Assalamualaikum korang hari ni aku nak story sikit pasal diri aku hihi...mesti korang pelik kan nape aku happy semacam ni kan??...aku happy sebab aku dah berjaya lupakan crush aku iaitu abg ..well bukan senang nak lupakan orang yang aku pernah sayang...aku redha jika dia bukan untuk aku...last week aku berdoa agar hati aku dapat terima LP dalam hidup aku dan lupakan abg alhamdullilah bersyukur pada Allah swt akhirnya aku berjaya lupakan dia. Sekarang aku dah mula sayangkan LP dia sering muncul dalam kehidupan aku sama ada mimpi ataupun ingatan aku sekarang ni..aku tahu dia pernah di kecewakan oleh ex girlfriend 2 kali sehingga dia serik untuk bercinta lagi..aku faham dan aku tak akan paksa dia untuk sukakan aku lagi selesa berkawan dengan dia meskipun dalam diam aku menaruh harapan terhadap dia. Bila kenangkan sem 1 dulu memang perit sebab aku pernah di kecewakan oleh si dia tapi??..apakan daya LP hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan bukan dia ja yang pernah sakitkan hati aku malah aku pun pernah sakitkan hati dia sehingga dia block aku kat ws, wechat, call aku pun dia tak jawab...salah aku jugak sebab terlalu kecewa sampaikan aku menyimpan dendam terhadap dia..."what you give you get back" kata-kata itu penuh makna tersirat dan itulah balasan terhadap aku kerana aku pernah sakitkan hati LP..aku berdosa dan serba salah dengannya sehingga beribu kali aku mintak maaf kepada dia malah dia hanya tersenyum dan memaafkan kesalahan aku meskipun aku pernah sakitkan hati dia ...Pada masa yang sama aku mempunyai perasaan dengannya sehingga aku pendamkan tetapi dia mampu membaca isi hati aku yang aku pernah menyukai semenjak sem 1 lagi. Aku redha dengan ketentuan tuhan dan aku selesa berkawan dengan LP seperti "Biar kita berkawan dalam masa yang sama kita menyayangi antara satu sama lain".

Friday 8 July 2016

Beri aku petunjuk kerana aku keliru

Assalamualaikum semua hari ni aku nak story sikit pasal aku semenjak dua tiga hari ni aku kerap mimpikan crush lama aku ...orang cakap kalau kita mimpi someone means orang tu rindukan kita...dia rindu aku ke??..sedangkan dia dah ada orang lain tak akan lah dia nak rindukan aku...tapi kawan aku suruh aku tanya ustaz or orang yang alim mungkin diorang lebih arif tentang tafsir mimpi ni...the problem is bukan sekali aku mimpikan crush lama aku tu dah banyak kali semalam pun aku mimpi dia jugak..serius memang pelik kan??..
kalau jadi kenyataan tak pe lah jugak ni mainan tidur aje ..yang aku tahu dia dah bencikan aku tapi kenapa dalam mimpi aku dia baik dengan aku siap senyum lagi kat aku...ke aku yang salah tengok??..dia senyum dengan aku??..aku dah lama maafkan semua kesalahan dia terhadap aku dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia..tak salah pun kalau aku doakan orang yang pernah bahagiakan aku dan orang aku pernah sayangkan..semoga allah swt berikan dia petunjuk dan berikan perlindungan..aku tahu aku bukan manusia yang baik dan tak sempurna aku cuba untuk menjadi lebih baik dan aku akan buktikan aku boleh menjadi lebih baik..bercakap kat mulut saja tak akan menjadi tapi aku kena buktikan dengan perbuatan aku sendiri barulah akan menjadi apa yang aku hajatkan tu.Walaupun dia pernah kecewakan aku tak pernah bencikan dia smpai sekarang aku harap allah bukakan pintu hati dia untuk terima aku sebagai kawan itu pun aku dah bersyukur sangat dan mungkin itu yang terbaik untuk aku buat masa sekarang...masa yang sama aku kena jaga hati orang lain jugak iaitu LP insan yang pernah aku sayang sewaktu sem 1...aku tahu LP jugak pernah sakitkan hati aku time sem 1 dulu memang menyakitkan  bila aku kenangkan apa yang menimpa diri aku time tu syukur alhamdullilah LP dah sedar segala perbuatan dia ..hati ni memang sakit dan susah nak lupakan apa yang jadi kat diri aku tapi aku bukan tuhan yang boleh menghukum manusia yang melakukan kesilapan sedangkan nabi memaafkan segala kesalahan umatnya walaupun beliau di sakiti..dulu aku pernah bencikan dia tetapi hari ni aku sayangkan dia kerana dia jujur,caring, peramah dan selalu menjadi sahabat aku susah dan senang itu yang penting untuk aku until now...Aku sayangkan kedua2 insan ini semoga mereka berdua berada dalam jagaannya selalu.