Thursday 24 December 2015

Assalamualaikum semua hari ni aku nak story sikit pasal diri aku semenjak dua tiga hari ni banyak dugaan yang aku lalui sekarang hanya allah saja yang tahu macam mana perasaan aku sekarang.Jujur aku cakap aku terlalu rindukan kawan-kawan aku semenjak aku extend lagi bukan setakat extend aje dah lah tak sama kelas.Tinggal beberapa hari je lagi nak masuk bulan januari maka akan genap lah 2 bulan aku LI then tinggal sebulan aje lagi nak abis LI serius aku cakap aku rindu semua assignment, kelas dan semualah.Yang paling aku rindu adalah anak-anak papa reza itu paling penting dalam hidup aku.Tak pe bila aku dah masuk sem 4 aku boleh join balik aktiviti mentoring dengan batch aku ya allah aku berasa sangat bahagia dapat bersama dengan kawan-kawan aku huhuhu feeling jap.:P kadang2 aku ni suka berjiwang sikit dengan kawan2 aku ye lah nak berjiwang dengan sapa lagi kan??..kata orang lagi sweet berkawan daripada bercinta itulah kata-kata yang aku selalu ingat dalam fikiran aku.Cuma sekarang ni aku tak kuat nak tempuh ujian yang datang pada diri aku sehingga aku give up tapi bila kak rayyan dengan sha bagi aku kata-kata semangat barulah aku ada semangat nak teruskan study aku lagi pun aku extend LI sebab aku sakit bukan suka2 nak extend LI tapi aku terpaksa allah sahaja faham perasaan aku macam mana.Setiap kejadian ada hikmahnya itulah yang kawan-kawan aku selalu cakap dengan aku walau apa terjadi aku kena kuat dan bersabar..ada hikmah sebalik kejadian semua ni.Setiap kali aku akan menangis bila mengenangkan dengan apa yang terjadi pada diri aku semenjak sem 1 lagi tak pe lah aku redha dengan semua ketentuannya aku berharap capital f dapat jumpa perempuan yang jauh lebih baik dari aku Insha-Allah aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.

                    

Saturday 19 December 2015

Assalamualaikum bagi sesiapa yang berminat nak join RO anda boleh contact nombor di bawah kerana setakat ini kami masih memerlukan ramai guest untuk join RO kami.Anda boleh mecuba pelbagai jenis makanan sempena hari krimas kerjasama anda amat kami hargai jom support kawan-kawan saya kerana kami perlukan sokongan daripada anda semua.Hanya RM 30 sahaja time lunch yang diadakan di mock fine dining block c ptpl shah alam.
kami akan berikan layanan yang bagus agar kami dapat memuaskan hati anda semua.

Thursday 17 December 2015

Dugaan ohh dugaan

Assalamualaikum korang sihat?..dah lama tak update blog cause busy dengan LI .hmmm cakap pasal LI tinggal sebulan aje lagi huhuhu tak sabarnya nak habis aku rindu semua batch aku dan rindu mentee chef reza ...dah lama jugak aku berpisah dengan diorang semenjak aku extend lagi..sekarang pulak tak sama kelas memang berpisah selamanya hahaha deep ja ayat aku ..biasalah aku ni terlebih over sikit ...tapi serius aku rindu nak masuk kelas, rindu nak buat assignment macam dulu walaupun busy dengan kelas dan assignment tapi tu semua pengalaman bagi aku pengalaman yang tak dapat di lupakan pada masa akan datang Insha-Allah akan aku ingat sampai bila-bila.

Thursday 3 December 2015

restoran operation

Assalamualaikum bagi sesiapa yang berminat untuk join restoran operation anda boleh contact nombor  yang berada di bawah.Bayaran hanya Rm 30 sahaja bagi sesiapa yang ingin mencuba masakan thai daripada student ptpl shah alam.Mungkin di luar sana anda tidak akan dapat bayaran sebanyak Rm 30 malah jauh lebih mahal berbanding harga yang di tawarkan oleh kami ...jom support kawan-kawan saya kerjasama anda amat kami hargai jika anda berminat boleh contact no di bawah untuk kehadiran anda ke majlis Restoran Operation sebarang masalah atau kecemasan anda boleh inform kami terlebih dahulu sebelum memberi nama penuh anda kepada kami.

Saturday 14 November 2015

MY STORY

Assalamualaikum semua hari ni aku ada story sikit semenjak LI dah start memang busy lah nak buat macam mana itulah cara sebelum aku msuk sem 4 nak tak kena korbankan masa utk berjuang...alhamdullilah betul tekaan aku selama ni abang dah ada perasaan dengan aku tak pernah sangka abang dah banyak berubah ...sekarang ni ...aku seakan tak percaya luahan hati dia tu ...ya allah aku bersyukur sangat akhirnya abang dapat merasai perasaan yang aku pendam selama ni...tak sia2 aku tunggu dia selama 2 tahun dengan pelbagai dugaan dan halangan telah datang dalam hidup aku..kata orang sabar itu separuh daripada iman..beruntung jadi orang yang bersabar ni ...sebab besar ganjaran utk orang yang bersabar ni...alhamdullilah aku tak pernah sangka lelaki yang pernah membencikan aku telah jatuh cinta dengan aku walaupun dia banyak keburukan dan kekurangan aku tak  kisah tapi yang aku tahu hati dia baik sangat...aku ikhlas sayangkan dia setiap manusia tak pernah lari daripada melakukan kesilapan siapa aku untuk menghukum manusia???...sedangkan aku hanya manusia biasa dan tidak sempurna...aku sentiasa doakan yang terbaik untuk abang dan aku berharap aku dapat mebimbing dia ke jalan yang benar...InshaAllah aku berjanji aku akan jaga dia dengan sebaiknya...aku tak sanggup nak tengok dia sedih macam dulu cukuplah dengan apa yang menimpa diri abang dan aku faham macam mana perasaan dia apabila di kecewakan oleh orang yang kita sayang...sebab aku pernah alami jugak kejadian macam tu..that why lah aku dapat rasakan perasaaan dia macam mana...abang berasa bersyukur kerana aku begitu sayangkan dia walaupun dulu abang pernah kecewakan hati aku...bagi aku sekarang abang dah banyak berubah aku berikan peluang kedua untuk abang berubah..alhamdullilah jika di takdirkan abang untuk aku redha dan aku sanggup menerima dia yang halal untuk diri aku...

Friday 6 November 2015

new style

aku sedang mencuba untuk menjadi insan yang lebih baik....setiap manusia cepat berubah tanpa kita sedari..:)

Monday 26 October 2015

Kamulah Takdirku..

Assalamualaikum semua hari ni aku nak story sikit pasal aku dengan dia ...siapa dia?..maksud aku abanglah hihihihi...alhamdullilah aku bersyukur pada atas pemberian allah untuk aku... aku tak pernah menyangka abanglah takdir yang aku mencari selama ini...mengalir air mata aku bila mengenangkan kembali detik perkenalan aku bersama abang pada permulaan di wechat...time tu aku baru lepas frust dengan capital f sehinggakan aku tak percaya cinta manusia lagi...aku give up ...dengan kuasa allah taala aku di takdirkan untuk berkenalan dengan abang aku berasa sungguh bahagia...tetapi?..bahagia itu hanya sementara kerana abang seorang playboy dia hanya berpura-pura mencintai aku hanya tuhan saja yang tahu betapa peritnya hati aku kerana aku terlalu mencintai dia kenapa dia permainkan cinta aku??...bila aku menyiasat tentang diri abang barulah aku tahu kenapa dia jadi playboy...mesti korang nak tahu kan??..abang pernah di kecewakan oleh ex-gilrfriend dia sebab apa aku tak tahu sebab abang suka pendam masalah dia tak suka cerita dengan orang...boleh di katakan abang ni seorang yang misteri dan sukar untuk di jangka tentang dia ...kerana ego abang terlalu tinggi hanya seorang perempuan saja yang mampu bertahan dengan perangai dia walaupun pernah di hina dan pernah di malukan oleh orang yang dia cintai...aku selalu berdoa pada allah agar allah lembutkan hati dia untuk aku...betul kata orang doa orang yang teraniaya cepat aje di makbulkan oleh nya..kini abang sudah berubah menjadi dirinya sendiri...berubah ???..yup dia berubah jadi sweet,romantik,caring,penyayang dan peramah...semakin hari cinta aku terhadap abang semakin bertambah malah bukan berkurangan...aku cuba untuk lupakan abang selepas dia kecewakan aku tapi tak berjaya jugak...bak kata sha mungkin allah sudah wujudkan perasaan dalam diri abang sebab tu lah perasaan dalam diri aku tak boleh hilang begitu saja..pada mulanya aku tidak percaya dengan kata-kata sha ...kini aku sudah percaya kerana abang sudah memberikan respon yang positif sehinggakan dia ajak aku kawin ..kerja giler kan??..dia suruh aku kenalkan dia dengan parents aku ..terkejut bila aku dengar dia cakap macam tu dengan aku..hati manusia sentiasa berubah itulah yang sering di maksudkan oleh sha...aku berharap semuanya akan berjalan dengan lancar...Insha-Allah dengan keizinannya..

Wednesday 21 October 2015

Dugaan hidupku

Assalamualaikum semua hari ni aku nak story sikit pasal perasaan aku tak taw lah kenapa semenjak hati aku dah berbunga2 ...makin kuat sensitif pulak aku ni...dulu time hati aku jadi hati batu tak de lah sampai sensitif macam ni relax ja...ini makin kuat pulak perasaan aku terutama sekali perasaan jealous ini paling bahaya ...kata orang jealous tu tandanya sayang itu jealous sikit kalau jealous terlebih tu namanya membahayakan sebab manusia bila dah terlalu sayang seseorang dia sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan orang yang dia sayangkan tu....aku berharap sangat aku dapat control perasaan jealous ni dengan baik sebab aku tak nak lah di sebabkan benda kecik masalah menjadi besar itu tak elok namanya...apa2 pun kita elak-elakkan perasaan jealous terlebih ni ....amboi dah macam citer elak2 lak???...hihihihi tak apa sekali sekala aje...btw i really miss abang dah 4 bulan tak jumpa dia katanya muka dia makin handsome and licin huhuu tak sabarnya nak jumpa dia aku teringin sangat nak tengok depan mata aku sendiri....setiap kejadian ada hikmahnya ....dan kita hanya merancang tetapi allah yang menentukan sebaik-baik perancang ialah allah swt..

Monday 19 October 2015

Dewi kaulah hidupku aku cinta padamu sampai mati.

Assalamualaikum semua hari ni aku nak story sikit pasal kehidupan aku yang sekarang alhamdullilah semuanya berjalan dengan baik tetapi baru2 ni aku telah di kejutkan oleh sebuah berita gembira iaitu abang nak aku kenalkan dia dgn parents aku seriously??...mesti korang tak caye kan??.bukan korang aje aku pun tak caye rasa macam semua ni mimpi aje ...alhamdullilah mungkin jugak ni adalah petanda baik yang untuk aku mungkin dia nak serious dengan aku rasanya...betul tak??...apa pun aku berharap semuanya akan berjalan dengan lancar terima kasih ya allah kerana kau telah memakbulkan setiap doa2 ku...aku berjanji pada diri aku apa pun yanng berlaku aku tak akan sesekali kecewakan dia sebab aku tak suka tengok dia sedih biarlah aku seorang yang menanggung segala keperitan asalkan bukan dia yang menanggung semua keperitan itu...aku tidak sanggup untuk biarkan dia bersedih lagi macam dulu cukuplah dengan apa yang dia lalui time sekolah dulu dgn ex dia...setiap kejadian ada hikmahnya sekarang aku baru tahu kenapa aku tak di takdrikan dgn capital f sebab dia bukan yang terbaik untuk aku...hanya abang sorang aje yang dapat membahagiakan aku ...cewah ayat?..tak boleh blah langsung hahah saja nak perasan jap sekali sekali kan???..inilah cerita aku sepanjang 2 tahun aku meneruskan kehidupan inshaallah akan ada penghujungnya nanti amin...setiap kejadian jadikan sebagai pengajaran dan teladan from me A.K.A lovesyaz(syazwanisafiann)....#MISIKUZA...:) ;)

Wednesday 7 October 2015

love story

assalamualaikum korang hari ni aku nak bagitau korang yang aku dapat rasakan yang dia sukakan aku sebab perangai dia semakin pelik sehingga membuatkan aku keliru. adakah dia sukakan aku???..atau itu hanya main-main aje??..sha pernah cakap mungkin ada 2 iaitu dia memang serious dan main-main aje....kata orang lelaki ego kerana suka pendam perasaan sendiri bila dah suka...kalau dia suka aku tak boleh cakap apa2...hanya menerima takdir dan ketentuan allah...aku seronok tengok dia happy dan bahagia..cuma aku pelik kalau dia ada perasaan terhadap aku sebab dia kan hati batu tiba2 pulak nak jiwang kan??...mestilah kelakar giler korang....kalau betul dia sukakan aku alhamdullilah akhirnya allah berikan rasa cinta itu pada dia...kaulah hidupku aku cinta padamu sampai mati....ohhhh dewi..hihihihii

Tuesday 6 October 2015

i so happy :)

Holla and assalamualaikum everyone aku happy sangat cause tak lama lagi aku nak balik shah alam dah ...yahoo!!! aku bersyukur pada allah kerana dia telah memakbulkan semua doa2 aku selama ini. and yang paling aku excited when my birthday is coming in my life....akhirnya aku sudah 19 tahun dah jadi senior pun hahaha just kidding aku tak pernah menyangka dengan kehadiran aku dalam hidupnya kini telah memberi kesan yang mendalam ??..why??..actually abg dah banyak berubah aku tak taw sebab apa...tak akanlah sebab minyak pengasih pulak??..tu semua syirik ..semua tu berubah sebab ketentuan allah itu yang paling terbaik kerana dari dia kita datang dari dia jugak kita pergi aku selalu ingat kata2 itu walaupun kadang2 lupa hahahah....biasalah aku ni giler sikit kalau tak jumpa dengan kawan2 aku...asyik mereput kat umah ja....apa2 pun aku bersyukur sebab dia dah banyak berubah aku berharap ini adalah perubahan yang selamanya...insha-Allah amin ya rabbalalamin. ;) peace no war

Friday 11 September 2015

tentang dia

Assalamualaikum semua hari ini aku nak story sikit pasal abg hampir setiap hari aku mimpikan dia mungkin di sebabkan aku terlalu rindukan dia rasanya??..sebab tu lah asyik mimpi yang sama aje kan??..betul tak?..hmmm cuma bila aku teringat balik dengan apa yg fikri cakap pasal abg aku jadi sedih dan terkejut pun ada..terkejut ??.sebab apa pulak aku terkejut??..mesti korang nak tahu kan sebab apa??..aku ingatkan munirah hanya mereka-reka story pasal ex abg tu rupanya memang betul abang jadi playboy sebab dia pernah frust dengan perempuan....fikri ada cakap ada perempuan kecewakan abang sebab tu lah dia berubah jadi playboy...sekarang baru aku faham kenapa dia tiba2 ja berubah jadi orang lain padahal kawan2 dia pernah cakap abang sebenarnya baik orangnya tapi bila dia sayangkan ex dia tu perempuan pulak tinggalkan dia ...betul lah kata org bila seseorang itu dah terlalu sayangkan seseorang dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan orang itu. tapi sekali dia di kecewakan belum tentu dia akan menerima orang baru dalam kehidupannya kembali...cewah ayat novel nampak???..hihihi biasalah sudah terbiasa dengan ayat karangan jadi kita berpuisi lah sikit.Aku akan cuba mendapatkan hati abang walaupun byk dugaan yang datang inshaallah aku akan cuba dan aku serahkan segalanya pada allah taala ..aku akan cuba buat abang happy ...aku tak suka tengok dia bersedih sebab aku tak sanggup dan aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kebahagiaan dia.

Friday 21 August 2015

Dr Aaron or Airiel???..siapakah pilihan kuza??..

Assalamuailaikum semua hari ni aku menceritakan tentang diri aku setelah aku tangguh pengajian kerana ada masalah kesihatan.Selepas 2 bulan aku berada di rumah aku telah bercadang untuk berjumpa farah kawan baik aku di Port Dickson yang sedang menjalani latihan industri entah kenapa perasaan aku tiba-tiba berubah..dulu aku sayangkan abg tapi kali ni aku sayangkan capital f kembali...why???...kata orang manusia adalah milik allah taala bila-bila sahaja dia boleh mengubah kita itulah yang sedang terjadi pada aku...capital f dan capital b terlalu baik untuk aku sehingga aku tak sanggup untuk meninggalkan mereka berdua..walaupun diorang banyak menyakitkan hati aku tapi aku tak pernah berdendam dengan diorang berdua..cuma aku keliru aku tak tahu siapa di hatiku sekarang??...keliru..keliru..keliru...mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian yang menimpa diri aku sekarang...aku berharap aku dapat membuat keputusan yang baik untuk semua orang...dan aku berjanji aku tak akan kecewakan capital f dan capital b itu janji aku ..

Monday 13 July 2015

Aku rindukan dia

Assalamualaikum semua hari ni aku nak story sikit pasal diri aku dah sebulan kawan2 aku praktikal setiap hari aku asyik teringatkan abg aku terlalu rindukan dia.Aku berharap dia jugak akan merasai dengan apa yang aku rasa sekarang.Aku tak pernah berhenti doakan yang terbaik untuk dia walaupun dulu dia banyak keburukan pada semester lepas aku tak pernah bencikan dia walaupun dia cuba buat supaya aku bencikan dia tak semudah itu untuk aku benci dia.miss you abg take care i miss you

Tuesday 7 July 2015

Banyak pengajaran di dalam hidup aku ini

Assalamualaikum semua hai korang semua dah lama aku tak update blog sebab busy kerja biasalah nama pun student right?? confirmlah busy hari ni aku nak share sikit story dengan korang semua tentang diri aku yang sekarang very different and i love it. Mungkin time aku sem 1 aku nampak selekeh dan tak pandai nak bergaya tapi alhamdullilah sekarang aku dah banyak berubah mungkin jugak semua dugaan yang terjadi pada aku adalah sebuah petanda untuk aku berubah menjadi lebih baik dan menjadi seorang yang matang.Hari demi hari banyak yang aku belajar tentang kehidupan aku yang sebelum ni  by the way aku dah boleh terima abg dalam hidup aku walaupun dulu abg pernah buat aku menangis apa yang boleh aku cakapkan setiap kejadian ada hikmahnya dan abg pun dah banyak berubah alhamdullilah syukur pada allah sebab akhirnya doa-doa aku termakbul jua inilah hikmahnya apabila seseorang itu bersabar dengan setiap ujian bukan aku nak cakap yang aku terlalu baik cuma aku nak bagitahu korang percayalah kuasa allah itu memang wujud dan begitu ajaib.Aku cuma berharap aku akan lebih tabah dengan pelbagai ujian pada masa akan datang
 

Thursday 4 June 2015

Mentoring explorace di tasik shah alam
Time explorace



Aku terima dia seadanya dalam kehidupan aku ini

Assalamualaikum korang semua dah lama aku tak update blog ni sebab terlalu busy nak pergi Praktikal dah sebab tu dah jarang bukak blog ni by the way aku ada sikit story nak bagitau korang pasal kisah hidup aku yang sekarang semuanya dah berubah not like before.Aku nak bagitau korang yang aku dah baik dengan dia sekarang hubungan kami menjadi lebih rapat sebagai seorang kawan tapi kadang2 dia suka mengusik aku dengan panggilan sayang biasalah lelaki kan suka mengusik perempuan pantang menggunakan ayat2 yang jiwang utk buat perempuan tu melting.Apa yang jadi aku terima dia seadanya sebab dia pun manusia jugak yang tak pernah berhenti buat salah ..aku bersyukur pada allah taala walaupun kami berdua hanya berkawan bagi aku itu pun sudah cukup buat aku happy dan aku mula berasa kebahagiaan yang baru setelah lama aku merasa kepahitan dan perit yang amat mendalam ...dan aku berharap persahabatan kami berdua akan berkekalan di dunia dan akhirat thanks abg sebab terima lovesyaz kembali dalam hidup abg walaupun dulu kita pernah bermusuh percayalah kuasa allah taala itu memang wujud tanpa kita sedari dan hari ni kita sudah pun menjadi kawan baik ..terima kasih ya allah aku bersyukur dengan pemberian mu itu.Inshaallah aku akan cuba jaga dia baik2 untuk persahabatan kami berdua.Baru2 ni aku ada jumpa dia di msu after taklimat LI 1 aku jumpa dia sebab aku nak tahu sama ada dia serius atau main2 saja dalam ws tu??..then abg ckp dia main2 ja aku daripada serius tukar jadi sporting kitaorg apa lagi memang gelak lah jawabnya sebab ingatkan dia serius dengan aku .aku yang tak berani nak jumpa dia kali ni dah jadi berani dah sampai tarik tangan dia depan kawan2 aku can you believe it???...hari itu jugaklah aku baru tahu sifat sebenar siapa abg yang selalu ws dengan aku.Dia layan aku baik sangat dan aku berharap supaya aku layan dia dengan baik walaupun dulu dia pernah bencikan aku tapi apakan daya itu bukan hak aku untuk menghalang malah itu adalah sifat setiap manusia memang dulu aku sedih sebab dia bencikan aku tapi syukur alhamdullilah allah taala telah bagi petunjuk dan hidayah pada dia ..walau apa pun yang jadi aku tak akan tinggalkan dia itu janji aku pada diri aku sendiri. miss you abg take care abg.

Saturday 18 April 2015

Aku menangis bila mengenang sem lepas yang pahit

Assalamualaikum semua hari ni aku ada story sikit bila aku teringat sem lepas yang paling perit dalam kehidupan aku.Semalam aku menangis kenapa aku menangis??..aku menangis sebab aku tak percaya dengan perubahan abg yang dulu dengan sekarang terdapat perbezaan bila aku tengok keadaan dia yang sekarang.Yang paling mengejutkan aku bila dia berani memanggil nama aku depan geng dia sendiri aku seakan tidak percaya adakah itu abg yang aku selama ini???Malah bukan sahaja aku terkejut dengan perubahan dia tetapi aku telah mempunyai perasaan terhadap dia.Semasa dia game aku rasa seperti orang yang bodoh sebab terlalu percayakan orang dan terlalu sayangkan dia padahal dia tak pernah sukakan aku dan dia hanya berpura-pura mengakui yang dia cintakan aku tetapi itu semua hanyalah sementara.Oleh sebab itulah aku dah give up untuk sayangkan dia lagi dan abg telah bencikan aku sebab aku adalah orang yang mencemarkan nama baik dia ..masa tu aku hanya ingat pada allah taala saja sebab hati ni dah terlalu sakit sangat dan tiada tempat  untuk aku mengadu tentang problem aku ni. Hampir tiap2 hari aku berdoa pada allah agar dia buka pintu hati b untuk terima aku balik walaupun hanya sebagai kawan dan aku tak pernah berhenti berdoa agar allah ampunkan dosa2 dia bersama gengnya itu.Aku bukanlah seorang malaikat yang tak pernah lakukan kesilapan malah aku jugak adalah seorang manusia yang tidak sempurna.Cuma sekarang ni aku tak taw sama ada perlukah aku menerima dia balik dalam hidup aku walaupun aku dah berbaik dengan dia???..Aku dah lama maafkan segala kesalahan dia terhadap aku dan aku dah ampunkan dosa2 dia cuma aku berharap supaya allah bagi dia petunjuk dan hidayah supaya dia menjadi manusia yang lebih baik walaupun sekarang dia cuba menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya.Aku tak akan pernah berhenti berdoa untuk dia dan aku selalu berdoa agar allah sentiasa berikan perlindungan pada dia begitu jugak dengan f walaupun dia tak pernah sukakan aku tak akan pernah lupa untuk mendoakan keselamata mereka berdua iaitu f dan b. itulah sifat aku yang mereka berdua tak pernah tahu walaupun mereka berdua pernah marah dan benci dengan sifat aku ini tetapi aku tak pernah lupakan mereka berdua dalam kehidupan seharian aku ini.

Saturday 4 April 2015

Hidup aku bermain di sebuah mimpi

Assalamualaikum semua hari ni aku nak menceritakan tentang mimpi yang aku selalu dapat ..sebenarnya aku pun tak tahu nak cakap macam mana tentang mimpi aku tu sebab aku mimpi 2 lelaki yang aku pernah suka ..dulu aku suka pada lelaki yang pertama sebab dia caring tentang diri aku sebab tu lah sampai sekarang aku tak dapat lupakan dia langsung.Tapi itu sementara saja bila dia dah ada orang lain dia dah lupakan kawan2 nya sendiri di sebabkan itulah aku semakin kecewa bila nampak dia bersama orang lain.Perasaan ni bukan aku yang mintak perasaan tu datang sendiri .aku terpaksa sabar dan redha dengan ketentuan allah sebab itulah aku belajar untuk lupakan dia.Semasa aku cuba lupakan dia datang pulak lelaki kedua dalam hidup aku masa aku tengah kecewa .masa tu hidup aku mula berubah dan seperti berada di sebuah mimpi yang indah.aku bersyukur sangat sebab walaupun hidup aku penuh penderitaan tetapi akhirnya kebahagiaan datang jua dalam kehidupan aku.Sekarang aku keliru tentang hati aku sebab aku selalu mimpi 2 lelaki pada masa yang sama.Hidup aku ni lebih kurang macam drama misikuza lah sebab kuza tak tahu dalam hati dia sukakan siapa sama ada Dr Aaron atau Airiel???...itulah yang tengah berlaku dalam hidup aku ...mungkin ini semua ujian daripada allah taala dan aku hanya mampu berdoa untuk ketahui perkara yang sebenar.

Friday 27 March 2015

Thanks because you accept me in your life

Assalamualaikum korang aku bersyukur sangat sebab dia dapat terima aku balik walaupun hanya sebagai seorang kawan bagi aku better jadi kawan daripada couple..aku bersyukur sangat sebab dah lama aku tak bertegur dengan dia rindu pun ada itulah sifat seorang manusia bila dah sayangkan seseorang .aku cuma berharap persahabatan aku dengan mentee yang lain akan berkekalan di dunia dan akhirat.Bak kata pepatah air yang di cincang tak akan putus ataupun sebuah peribahasa carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga itulah yang aku maksudkan dengan persahabatan aku.thanks sebab kau terima aku dalam hidup kau bro walaupun dulu aku pernah mencari problem dengan kau aku tak pernah tak ada niat langsung untuk mencari problem dengan orang...aku bersyukur sangat bro sebab inilah ketenangan yang aku cari selama ini dan akhirnya aku telah menjumpai ketenangan itu..tak sangka banyak betul dugaan bagi orang yang kuat bersabar ...tapi au tidak setabah saidatina aisyah dan siti hajar mereka lebih tabah berbanding aku .apa2 pun aku cuba mencontohi mereka berdua sebagai idola aku...

Akhirnya doa ku sudah termakbul

Assalamualaikum semua agak lama saya tidak aktif di blog kerana saya terlalu busy dengan sem 3 ni before pergi latihan industri 1.Perkara yang mengejutkan hidup aku adalah bila seseorang itu memaafkan aku semalam ...aku dah lama tak bertegur dengan dia sebab aku lah punca yang membuat nama baik dia tercemar dan menyebabkan dia malu sebab itulah aku bermusuh dengan dia sebab dia suka kenakan aku dengan kawan baiknya mal..memang sedih bila aku ingat balik perisitiwa hitam masa sem 2 tapi apa yang boleh aku buat hanya mampu berserah pada allah taala sahaja ...sebab aku hanya seorang hamba yang lemah dan cepat berputus asa..dulu hampir setiap hari aku menangis bila mengenangkan apa yang dia dengan kawan2 nya kenakan aku ...masa tu aku rasa aku lah perempuan bodoh sekali sebab terlalu percayakan orang tanpa selidik dahulu..walaupun dia hanya berkulit gelap aku terima dia seadanya sebab dulu aku terlalu sayangkan dia tapi bila semuanya dah berubah jadi lain aku mula mendiamkan diri selama sebulan untuk menenangkan hati aku yang tidak tenteram itu.
Bila banyak problem yang datang pada aku jadi tidak tentu arah untuk selesaikan problem tersebut..betul lah cakap orang setiap kejadian ada hikmahnya yang aku tak pernah sedar sebelum ni..apa2 pun aku berharap supaya allah tabahkan hati aku dengan semua ujiannya terhadap aku.Akhirnya dia telah memaafkan kesalahan aku dan suruh aku melupakan segala perisitwa sem 2 ...sebab itulah aku nak bukak buku baru for this new sem i hope this sem is better than before that my dream ...bagi aku persahabatan lagi indah daripada percintaan itulah kata2 daripada geng senget..dan aku akan cuba menghargai dengan semua pemberian daripada allah taala kepada aku bersyukur pada allah kerana aku masih bertahan walaupun aku pernah berputus asa masa sem lepas ...ini semua ujian allah taala buat aku dan aku perlu redha dengan ketentuannya ..

Friday 13 February 2015

hidupku dengan pelbagai dugaan

Assalamualaikum semua hari ni aku nak bagitau korang hidup aku ni penuh dengan banyak dugaan .Aku cuba untuk tabahkan hati aku ni dan terima hakikat yang sebenar. Aku tak taw kenapa aku susah sangat nak lupakan B mungkin aku terlalu sayangkan dia sampai susah nak melupakan dia.Tapi bila fikir balik B tak pernah sayangkan aku dia hanya cinta dan sayangkan munirah mungkin mereka berdua dah di takdirkan bersama kuasa allah taala kita tak taw.Aku tumpang gembira kalau bad bahagia dgn mun sebab itu pun dah cukup buat hidup aku bahagia.Aku terpaksa berkorban cinta aku untuk melihat orang lain bahagia.Bagi aku mungkin hari ni bad tak nampak dengan pergorbanan aku terhadap dia pada masa akan datang dia akan tahu sendiri tentang pergorbanan aku selama ini.

Wednesday 11 February 2015

aku ingin menjadi penulis novel

Assalamualaikum semua dan selamat pagi hari ini aku nak bagitau korang semua yang aku teringin nak jadi penulis novel agak2 boleh tak aku jadi penulis novel ???sebab nak jadi penulis novel bukannya mudah sebab dalam novel jalan cerita dia kena tulisan penuh dan namapun sastera kan?walaubagaimanapun aku akan cuba menulis sebuah novel tengoklah first novel aku tu menjadi ke tak klau menjadi alhamdullilah klau tak menjadi cuba lagi. Sebab nak menulis ni dia memerlukan jalan cerita yang penuh dan pembaca novel mesti nak tahu siapa hero dan heroin dalam cerita tu betul tak korang?kebanyakan novel mesti nak happy ending sebab diorang tak suka dengan sad ending biasalah tu dalam drama kat tv pun penonton tv nak happy ending.Zaman sekarang paling popular dengan drama adaptasi daripada novel memang hangat betul dengan koleksi novel-novel di festival terutamanya bila novel tu dah popular maka terkenal lah penulis novel tu.alahai bila cerita pasal novel sampai esok pun tak abis sebab novel ni mempunyai pelbagai jenis jalan cerita sama happy atau sad story.Aku harap aku buat yang terbaik dengan first novel yang aku tengah usahakan sekarang walaupun hakikatnya aku tengah busy dengan final exam bila ada masa lapang aku sambung buat novel aku tu inshaallah.

Tuesday 10 February 2015

adakah ini takdirku

Assalamualaikum semua hari ni aku nak menceritakan kat korang pasal aku. Aku tak taw lah apa salah aku selama ni sebab semua yang aku buat semuanya salah ..hanya allah saja yang taw dgn apa yang jadi kat aku sekarang ..Sekarang ni mcm2 masalah yang dtg dalam hidup aku mcm masalah assignment dan masalah peribadi aku ...mujur aku kuat dalam menghadapi masalah dalam hidup aku klau aku tak kuat aku tak taw lah apa yang akan jadi kat aku sekarang .Dulu aku mungkin terlalu mencintai dia tapi hari ni aku tak mencintai dia dah kerana dia dah tipu dgn aku. Mungkin selama ni aku terlalu percayakan orang tanpa sebarang soal siasat.. Kata orang manusia ni cepat berubah pada bila2 masa saja .Lepas ni aku perlu berhati-hati dengan semua dugaan yang akan datang dalam hidup aku lagi.

Saturday 3 January 2015

Aku hanya mampu menangis sahaja dalam hidup ini

Assalamualaikum semua hari ni syaz nak menceritakan kat korang semua apa yang dah jadi kat hidup syaz ni. Syaz pun tak taw nak buat mcm mana supaya B terima syaz balik.. Apa salah syaz tak taw lah padahal syaz tak pernah buat salah kat dia ..apa tah lagi nak curang dgn dia memang tak lah ..Syaz cuma berharap allah buka pintu dia untuk terima syaz balik walaupun bukan lebih daripada kawan. Syaz tak kisah klau B hanya anggap syaz sbg kawan ..sebab semua perhubungan bermulanya dari persahabatan klau tak sebab kwn mungkin syaz tak akan kenal dia dari dulu lagi..Sejujurnya syaz ckp syaz masih syg dan cintakan B .mungkin dia tak sedar yang syaz terlalu sygkan dia..allah itu maha adil mungkin suatu hari nanti dia akan taw jugak ni lah pergorbanan syaz terhadap dia. Syaz tak akan berhenti mendoakan dia dan tidak pernah lupa jasa baik dia terhadap syaz. Dan syaz akan tetap menunggu dia walaupun mengambil masa yang agak lama .Syaz sanggup menempuhi semua cabaran dan halangan yang dtg agar B terus tabahkan hati dan tidak berputus asa. Itu janji syaz akan tunaikan syaz itu biarlah B taw yang syaz tak pernah berhenti ingatkan dia selalu .Buat masa sekarang syaz memberi peluang kat dia supaya dia berfikir panjang dan syaz tak nak ganggu dia ..Dia mungkin boleh bohong org lain tentang perasaan dia .tapi dia tak boleh bohong syaz sebab apa yg B rasa syaz jugak akan dapat rasa..Nampak sgt dia tak boleh bohong syaz tentang perasaan dia ..Klau betul dia tak sukakan syaz selama ni kenapa masa cuti sem dia boleh mengaku yang dia sukakan syaz??? Manusia tak boleh ckp sesuatu perkara dgn tanpa perasaan right ??? Tak pe lah B saya faham klau awak nak ckp mcm tu . klau saya jadi awak pun saya akan ck benda yang sama. Saya harap awak tak buat kerja giler sudah ..Saya doakan supaya allah memberi petunjuk dan memberi kesedaran kepada awak. Dan saya maafkan segala kesalahan awak walaupun kadang-kadang cara percakapan awak tu telah menyakitkan hati saya ni ..Saya tak boleh nak benci awak B sebab apa saya tak boleh benci???
Sebab awaklah insan yang pernah membahagiakan saya masa saya tengah bersedih ..Awak fikir terlalu mudah ke untuk saya lupakan awak?? it takes a lot time ...Dan saya berharap semuanya akan kembali secara normal .. I MISS YOU B ..

Dugaan Hidup LoveSyaz

Assalamualaikum semua hari ni syaz nak menceritakan pasal hubungan syaz dengan capital  B. Sekarang capital B cuba menjauhkan diri dia dari aku fhm klau dia sakit hati.Sebab tu lah aku perlu di sisi dia selalu..awak saya taw mungkin awak tak larat nak dengar gosip pasal saya dgn mal gosip tu semua dtg dari kwn2 awak. Saya tak perlukan gosip tu sedangkan dlm hati saya ada awak. Walau apa pun yang jadi saya takkan biarkan org lain buat air mata awak mengalir walaupun setitis. Mungkin awak dah tinggalkan saya tetapi adakah saya akan tinggalkan awak??? Saya tak pernah lupa kenangan manis bersama awak dan jugak jasa baik awak terhadap saya.. Awak boleh bohong semua orang yg awak tak suka saya ..Awak tak boleh bohong saya dgn allah sebab allah maha mengetahui siapa di hati awak...Saya tahu mungkin saya tak sempurna di hati awak tetapi saya cuba untuk jadi yang terbaik ...Cuma satu ja saya nak ckp kat awak thanks sebab awak buat saya happy .sejak saya kenal awak saya tak pernah berhenti senyum bila tengok awak happy itu pun dah buat saya happy. Sampai mati pun saya tak akan pernah lupa yang awak pernah caring masa saya demam masa cuti sem ...Bagi saya zaman sekarang ni susah nak cari lelaki macam awak ni ..klau saya jumpa pun mungkin hanya beberapa orang saja .Awak mungkin boleh lari daripada mendekati saya ..tetapi awak tak boleh lari daripada takdir dan tak boleh lari daripada masalah di dunia ini. Mungkin jugak allah bagi ujian ini untuk uji kesabaran kita berdua .Walaupun awak dah berputus asa saya akan sentiasa di sisi awak untuk memberi semangat kepada awak dan saya akan pastikan awak sentiasa happy dan tidak kecewa ..Dengan izin allah saya nak awak sedar inilah pergorbanan yang saya akan lakukan supaya awak taw bahawa saya tak pernah lupakan awak dan sentiasa mahu melihat awak bahagia ..Korang mungkin nampak aku kuat dalam mempertahankan hubungan aku dgn dia ..Aku jugak tidak pernah berhenti berdoa pada allah agar dia di berikan perlindungan dan supaya allah ampunkan dosa2 nya serta bimbing dia ke jalan yang benar.. Klau dia bukan jodoh aku tak boleh ckp apa .sebab allah yang menentukan dugaan hambanya ..Aku cuma berharap agar dia tidak bencikan aku dan tidak menganggap aku sebagai musuh dalam hidup dia. Aku tak akan berputus asa untuk menegakkan keadilan dalam kehidupan ini. Klau bukan yang menegakkan keadilan sapa lagi yang nak buat ?? itulah soalan yang selalu bermain dalam fikiran aku selama ni.