Saturday 13 December 2014

Pelbagai Cabaran dalam Hidup Aku

Assalamualaikum korang hari ni aku nak citer pasal pelbagai cabaran yang aku lalui semasa aku belajar di PTPL SHAH ALAM ...memang banyak cabarannya kadangkala susah dan kadangkala senang ....dulu masa arwah tok ada aku akan selalu citer pasal masalah aku kat dia ...sekarang bila dia dah tak ada aku dah tak ada tempat mengadu...hmmmm wani rindu tok ....tak pe tok kita jumpa di akhirat insyaallah ...

aku rindukan dia

Aku rindu dia yang nak tergelak semalam masa aku whatsapp dia kelakar giler sampai 2 orang aku whatsapp sampai tepon jamned terus giler2....Mula2 farah suruh aku tanya org tu esok dia ada exam tak maksudnya hari ni lah ....malam tadi aku whatsapp dia dari kul 9.14 sampai kul 11.00 pm huhuhu memang sweet moments lah ...bila hati ni dah suka semuanya mcm shine bright like a diamond ...hmmm tapi hidup aku ni aku takkan dpt apa yang aku inginkan hmmm mungkin dah di takdirkan untuk aku begini....kenapa bila aku suka seseorang mesti orang tu dah berpunya why???? tak layak ke aku bercinta ? apa salah dan dosa aku sampai aku tak boleh suka kat seseorang

Akhirnya aku jumpa kelainan masa cuti sem yang lalu



 

Assalamualaikum semua hari ni aku akan menceritakan kisah aku masa cuti sem yang baru saja habis.Jujur aku cakap sebenar aku mencintai F tetapi bila saja F suruh aku kurangkan ws dgn dia aku terus give up dengan dia .Kerja aku hanyalah menangis...menangis pada masa yang sama B datang dalam hidup aku .Mesti korang nak tahu mcm mana B boleh rapat dgn aku right ?? Citer dia mcm ni aritu B ada buat moment kat wechat yang mengatakan dia sakit kaki sebab tersepak bucu kayu sampailah kaki dia luka ...Aku ni pulak jenis caring bila kawan2 aku sakit atau kurang sihat..Tak sangka pulak B boleh ada perasaan kat aku bila aku caring pasal dia..Yang paling aku suka tentang dia adalah dia caring masa aku demam ...susah kan nak cari lelaki mcm ni zaman sekarang ..B mengaku yang dia suka kat aku ingatkan dia main2 dgn apa yang dia ckp tu rupanya2 apa yang dia ckp semuanya betul. Mungkin dah di takdirkan aku dgn dia..Aku pun terkejut masa tu sebab aku tak taw nak buat apa sedangkan aku masih sygkan F tetapi aku berfikir antara F dan B sapa yang paling caring pasal aku ??? Atas nasihat kawan aku farah aku telah berfikir dan membuat keputusan aku telah memilih B dalam hidup aku walaupun pada masa yang sama aku belum mencintai dia sepenuhnya. Aku kesian pada dia sebab dia sayangkan aku tetapi sanggupkah aku menolak cinta dia sedangkan dia caring pasal aku ...Di sebabkan itulah aku terpaksa menerima dia dalam hidup aku. Kata orang kadang2 benda terpaksa kita akan tersuka memang betul kata orang selama ni .Sebab selepas seminggu saja aku masuk sem 2 aku dah mula mencintai dia mungkin allah yang bagi perasaan ni kat aku...Dari situlah aku dah mula rindukan dia ,dah mula sayang dia dan mcm2 lah. Aku akan menjaga hati dan perasaan dia dan aku akan cuba menghargai dia sepenuh hati aku. Kadang2 aku memang cemburu bila tengok dia dgn org lain ..aku cuba untuk mengawal perasaan cemburu aku tu sebab aku tak nak di gelar 'Queen Control' sebab aku bukan isteri dia yang sah yang mengawal pengerakan hidup dia aku tak nak dia rimas dgn aku. Dalam diam memang aku banyak menangis sebab itulah kelemahan seorang perempuan .Sejak jumpa dia aku mula merasai kebahagiaan yang baru dalam hidup aku ni. Sekarang aku keliru sebab aku kerap kali mimpi F dan B secara serentak pada masa yang sama. Padahal aku dah ada org lain tapi kenapa aku selalu mimpi org yang pernah kecewakan aku ??? Ada sesetengah kawan aku ckp mungkin itu satu petanda yang menunjukkan dia menyesal dgn perbuatan dia terhadap aku. Walau apa pun yang jadi aku takkan lepaskan B sebab aku tak sanggup lah nak buat dia nangis..Ayat dia masa luahkan perasaan kat aku buat aku serba salah klau aku reject dia sebab dia ckp dia saja sembunyikan perasaan dia kat aku sebab dia tahu kemungkinan aku tak ada rasa apa2 kat dia ..Masa tu jugak dia tak taw yang aku dah rasa lain bila aku selalu chat dgn dia kat wechat ... Dia siap panggil aku sayang bagai masa tu serious aku cakap aku dah rasa pelik rupanya dia dah start ada perasaan kat aku dalam diam .Syukur alhamdullilah sebab dia sayangkan aku dan aku pun dah mula sayangkan dia ...biarlah percintaan aku dgn dia hanya allah yang menjadi saksi dgn setiap apa yang berlaku antara aku dgn dia.

Saturday 11 October 2014

Assalamualaikum hari ni aku nak citer sikit pasal aku dan crush aku tu...sejak 2 ,3 hari ni dia mcm ada problem ja aku pun tak taw kenapa sampailah farah citer kat aku rupanya dia memang ada problem..Aku pun pelik padahal baru2 berapa hari aku ws dia okay ja aku tengok ..tiba2 ja ada yang tak kena ...baru2 farah ckp sebenarnya beb dia putus dgn gf dia aku pun terkejut jugak biar betul ckp farah ni...dalam hati aku berkata takkan dia putus kot mcm sekejap sangat dia couple ....then aku tak percaya cakap farah tu ...aku buat bodoh ja ...aku percaya cakap farah sejak semalam lagi bila f aktif dalam group geng senget pelik jugak hati aku kenapa tiba2 ja dia aktif like something wrong ja ????
masa tu aku aktif lah dalam group tu dia bukan happy lagi siap sebut hiho lagi hahaha then dia tanya mcm ni syaz kau buat apa cuti sem ni? aku ckplah aku ambik lesen keta ...dia pun wish goodluck dan byk bagi info pasal lesen dia ckp jgn tergesa gesa ambik lesen ....huhuhu masa tu aku terus ada semangat nak ambik lesen tak taw lah kenapa jadi mcm tu...after that masa malam tu aku ada ws dia tanya gf dia tak mrh ke aku chat dgn dia terus dia senyap padahal sebelum dia online ....aku dah serba salah dgn dia aku ada buat salah sampai dia senyap ...aku pun ckplah sorry weyy klau aku ganggu mesti kau rimas kan?kau ni mcm ada problem ja klau ada ckp jgn simpan jgn buat aku risau weyy.lepas tu dia ckp aku okaylah jgn risau hahaha im matured ....aku bukan apa memang risau klau dia ada problem ..dulu disebabkan terlalu sygkan dia aku kecewa sebab dia dah ada gf ....sekarang aku tak taw nak ckp mcm mana...farah ada ckp kat aku wani kau tak nak bf ke ? kan f dah single
aku ckplah f bukan suka aku pun ...aku sedar aku ni sapa...lagi pun disebabkan arief lah aku jadi trauma nak ada perasaan kat org ....aku taw f tak sama mcm arief dia lain sgt....aku suka dia bukan sebab paras rupa dan harta dia ...itu semua not important for me ...aku suka dia sebab dia sweet,manja,ikhlas terima aku sebagai kawan dia .dan sabar layan perangai aku ni...nak ckp dia handsome tu jujur aku ckp memang handsome pun ...tapi aku lagi suka bila dia pakaian simple ja tu pun dah perfect ....sebab apa aku ckp mcm tu sebab dari pakaian simple aku taw yang dia tak sombong dgn org ...hehehehe aku nampak dia rajin...sebenarnya f ada byk kelebihan yang ramai tak taw diorang hanya nampak kekurangan dia ja....yang pelik mcm mana aku leh nampak kelebihan dia tu...mungkin kuasa allah maybe ...klau aku pandang dia aku suka sangat pandang mata dia sebab dia nampak comel kot...sebab tu lah sesuai klau panggil dia anak manja atau anak mak..Tapi perlu ke aku ckp yang aku suka dia? aku takut dia gelak ja tiba2 ja boleh suka dia mcm pelik ja....aritu hampir2 secret aku nak terbongkar takut aku masa tu...org tu lah pegi paksa aku jujur klau tak dia merajuk....serious aku ckp aku akan jadi lemah klau org manja ...pandai pulak f ni cari kelemahan aku...errrr sabor je lah dgn perangai manja dia hahahahaha...walaupun dia selalu mcm tu aku tak pernah jemu atau bosan dgn dia ...sebab bagi aku dialah kawan yang sukar di cari ganti...susah nak dapat lelaki manja mcm ni ayat f hahahaha sweet sangat...yang nak tergelaknya boleh pulak baju aku sama warna dgn dia dah mcm ada jodoh boleh pulak dia ckp so sweet hahaha...

Thursday 2 October 2014

Akan ku cuba lupakanmu walaupun ku terpaksa

Assalamualalaikum semua hari ni aku ada sebuah cerita yang aku nak cerita ni memang sedih klau aku cakap...memang sedih sekarang capital F tu dah tak leh whatsapp dgn aku sebab dia ckp gf dia jeles bila dia layan aku kat whatsapp itu aku faham klau tak leh sebab aku faham sapa yang couple pun will happened like that right? Capital f tu tak tahu perasaan aku kat dia mungkin dia tak pernah perasan yang selama ni aku sukakan dia...ya allah sakitnya hati ni bila dapat tahu yang dia dah ada gf dan tak leh whatsapp dia dah....apa pun boleh ku buat sekarang hanya berserah pada allah sebab aku tak mampu nak buat apa dah...cinta tak kejam manusia yang tak pandai menghargai cinta yang kejam that true what i say ...aku faham sebab dia pernah ckp yang dulu dia frust sebab ex gf dia pernah curang dengan dia ...Dan dia cakap semua yang nak dekat dia sebab pandang paras rupa dan harta ja...sedangkan aku yang tak pandang rupa dan harta pun dia tak pandang aku kenapa?Tu yang aku nak marah sangat tu ...disebabkan aku percaya pada takdir aku hanya mampu bersabar dan tabahkan hati ...sebab aku tak nak disebabkan aku semuanya jadi masalah yang besar...hati ni sakit sangat bila teringat peristiwa tu ...dia tak pernah tahu yang aku dalam diam menangis sebab rindukan dia..Dalam 2 dan 3 hari ni aku ada mimpikan dia mungkin sebab asyik teringatkan dia kot...Kadang2 bila aku teringat sweet moments dgn dia aku lupa segala kesakitan dalam hati ni...dan aku asyik tersenyum ja...yang nak tergelaknya masa aku pegi gm klang baru2 ni dia tahu aku kat sana sebab malam tu aku ada bagi hint kat dia ada rezeki jumpa esok mungkin dia ingat aku main2 kah kot sekali dia terkejut bila taw aku ckp mcm tu.Dia nampak aku masa aku pegi foodcourt tu sebab masa tu aku tgh makan tak pe lah mungkin dia ingat aku tak nampak dia ja yang nampak aku.Mungkin ada hikmahnya yang jadi kat aku aritu ..korang mesti nak taw kan apa yang aku ckp tadi kan?? Bila aku dah abis makan aku nak keluar dari foodcourt tu aku jalan tiba2 aku toleh ke kiri aku nampak dia pakai t shirt tapi tak perasan warna apa dia pakai topi hitam dan t shirt masa tu aku tengok lah nak make sure betul ke dia last2 dia ckp kat aku dia terkejut sebab aku pandang dia mcm tu....then aku lari keluar aku nampak kat cermin kedai dia lambai tangan kat aku dan senyum hahahaha....Memang sweet moment lah dalam hidup aku masa tu..yang aku peliknya macam mana aku boleh nampak dia dengan jelas pulak tu mungkin kuasa allah yang aku tak dapat bayangkan alhamdullilah..Bila aku dah abis shopping kat tingkat atas dia pun whatsapp tanya aku kat mana ..aku ckplah aku tgh shopping ni..bila dah abis shopping aku ckp kat mama aku nak jumpa kawan aku kat bawah ..then papa aku ckp papa nak makan kat bawah sebab nak makan ubat ...masa tu jugak aku ambil kesempatan untuk jumpa dia ..Aku pun jumpa dan sembang dgn dia kejap ja sebab aku tengok dia busy  sangat ...sumpah aku  cakap dia dah cukup perfect bila dia berpakaian t shirt sahaja itu pun aku dah nampak ketampanan dia ...bagi aku dia tak perlu berpakaian smart untuk orang melihat dia handsome bagi aku dia cukup sempurna walaupun dia mengaku yang dia tak handsome...sebenarnya dia akan handsome bila dia jadi diri dia sendiri...lagi pun aku tak pernah pandang rupa dan harta dia yang aku pandang adalah hati yang ikhlas dan jujur its so enough in my life...

Friday 19 September 2014

Final exam kitchen hari ni

Assalamualaikum semua hari ni aku nak cerita pasal final exam kitchen yang berlaku pada kul 9 pagi tadi hahaha memang mcm2 ragam dalam kitchen.Yang tergelaknya produk aku tak berapa menjadi sangat ...hari ni aku nak buat fish dan chips tartar sauce tu pulak tak menjadi ....yang lawaknya tak pernah dengar tartar sauce di masak ...hari ni dalam sejarah aku yang buat mcm tu sampailah chef halim dan chef nurul falah gelak2 kat aku dan ckp produk aku tu sedap ...yang aku peliknya mcm mana fish dan chips dan sauce style baru aku tu boleh sedap ?? tu yang jadi tanda tanya dalam fikiran aku hahahaha chef halim ckp sauce ni tak sesuai dengan ikan tapi sesuai dengan burger aku dalam hati dah ckp mcm mana boleh sedap ??padahal bukannya aku buat sedap mungkin sebab mayonaise tu manis kot sebab tu boleh sedap.Sebab tadi aku letak banyak mayonaise dalam sauce yang tak menjadi tu...sampai chef syukrine pun ckp klau aku letak bawang sikit dalam sauce mesti sedap sikit...hahahahahahaa
serious aku ckp dah mcm masuk masterchef tapi realitinya memang mcm masterchef sebab ada pengritik dalam kitchen dan yang merasakan produk makanan yang students masak.Apa2 pun aku bersyukur pada allah sebab dapat pujian seperti itu hahaha tak pernah seorang chef puji tentang masakan aku dalam kitchen inilah first time chef puji in my life,,,tadi kawan2 aku rasa semua pakat ckp sedap hahaha diorang perli ke apa?sampailah aku rasa sendiri patutlah chef ckp sedap aku rasa pun mcm tu ...tapi rasa mcm sambal nasi lemak pun ada ....tak pernah orang buat sauce mcm ni kecuali aku sorang iaitu LOVESYAZ ;) :) :D tadi chef falah siap ckp aku lucu lagi hahaha mcm2 lah chef hari ini aku akan jadikan sebagai pengalaman baru dalam hidup aku...

Wednesday 17 September 2014

CINTAKU YANG TIDAK KESAMPAIAN

Assamualaikum semua hari ni aku ada sebuah citer aku iaitu cinta aku tak kesampaian lagi.
Sebab apa tak kesampaian???hmmmm apalah nasib aku dengan farah...aku tak pernah mintak pun nak ada bf dalam diam aku teringin jugak ...tapi jgn harap nak dapat ...sebab semua orang yang aku suka mesti dah berpunya dah...itulah yang selalu terjadi dekat aku ...sebab tu aku malas nak bercinta
sebab realitinya memang akan jadi mcm tu..Baru2 ni aku dengan farah ada berkenan dekat sorang lelaki ni capital F lah orgnya kitaorang kenal dia sejak baru masuk lagi sebab dia sama mentor dengan kitaorang tapi tak pernah rapat dengan dia pun ...bak kata farah dia nampak serious sebelum kenal dengan orang...tapi bila dah kenal fuhh memang manja giler mengalahkan perempuan manja dan budak2 ...hhahahahaha....aku dengan farah start rapat dengan dia sejak perisitiwa kat gm klang tu lah.Tarikh dia 31 ogos 2014... tu lah tarikh yang bersejarah buat aku ...hahahaha yang kelakarnya aku tak taw pun kedai yang aku beli nasi tu kedai family capital F tu...bila dia whatsapp aku dalam foodcourt tu baru aku taw mcm mana dia taw aku ada kat GM klang tu ...serious aku ckp memang malu giler masa aku taw dia ada kat situ ...sampai aku tak lalu nak makan ...klau malu serious malu nak makan sebab ada org tengok hahahaha....nak buat mcm mana aku terpaksa habiskan jugak makanan tu klau tak abiskan nanti dia ckp apa pulak hahahah.Lepas beberapa perisitiwa dulu berlalu dia ada luahkan perasaan dia kat group chefdemission sampai kena bahan dgn org dalam group tu.sampailah niza invite dia dalam group kitaorang group gengsenget hahahaha group niza lah katakan sampailah dia sambung luahkan perasaan dia kat situ ...masa tu semua perempuan dgr citer dan luahan hati dia ...rupanya dia tu memang sweet sampailah farah dan aku boleh tergoda dengan dia sebab dia sweet.Tapi masa tu aku tak suka dia lagi bila dia dah start tegur aku dan mula rapat dgn geng senget masa tu aku dah ada hati kat dia ....nak ckp handsome tu boleh tahan lah ....yang terkejutnya bila tengok pic ws dia pakai motor kawasaki dgn halaman rumah mewah pulak tu fuhh memang terkejut masa tu aku pun fikir dia memang anak orang kayalah sebab duduk umah pun mewah...Ada sekali aku whatsapp dia chat2 lah dgn dia pasal personal problem aku dan dia citer dia dah ada gf masa tu memang kecewa hati aku ...selama ni dia hanya anggap aku kawan ja bukan lebih dari kawan jadi betullah ckp farah mungkin perempuan yang selalu jalan dengan dia tu mesti ada apa2 dgn dia...Semalam aku bagitau farah yang dia tu dah ada gf terkejut farah bila dgr sebab dia pun suka dekat org tu aku jujurlah dgn farah yang aku pun suka kat dia ...farah tanya mcm mana aku leh taw yang aku suka dia...tok midah ckp klau kita mimpi org tu tandanya kita suka dekat org tu...Farah ckp kat aku lepas ni dia tak nak tegur dah capital F tu ..sebab  dia dah ada gf sampai group geng senget pun senyap mcm tu ..dulu bukan main aktif lagi dia dalam group tu.sejak ada gf ni dia dah mcm lupakan kitaorang ...aku pun dah start benci dia ..sebab dia dah abaikan kitaorang ...aku pun cadang lepas ni klau dia tegur aku dgn farah nak lari ataupun klau dia tanya kenapa ckplah ada hal kecemasan senang citer...Tapi masalahnya sekarang sampai bila aku nak lari dgn farah sebab dia sama sem dgn aku memang citernya sampai graduate lah jumpa dia ....hanya allah saja yang tahu hati seorang yang sedih dan kecewa dan terpaksa menghadapi masalah percintaan dia ...

Thursday 26 June 2014

Assalamualaikum semua hari ni aku ada berita gembira tak sangka aku dapat B+ dalam exam pengajian islam bersyukur pada allah pointer dia 3.33 kira okay lah tu next time aku akan buat lebih baik dari exam sebelum ni.Apa2 i proud with myself ...cewah speaking lah pulak ...hehehehe aku redha dengan apa2 result aku tak akan redha bila failed klau lulus aku okay ja..tak nak lah sampai failed klau failed susah nak dapat duit pinjaman mara nanti tak pasal2 kena tolak satu semester kan teruk bunyinya..apa2 pun aku dah buktikan yang aku boleh cemerlang dalam hidup walaupun hanya mendapat kepujian dalam exam alhamdullilah...yang sedihnya i can't tell my grandmother about my result ...hmmmm nak buat mcm mana dia dah pergi jauh..hanya allah sahaja yang dapat menyampaikan berita gembira ini pada tok midah ..wani rindu sangat kat tok kenapa tok pergi terlalu cepat...tok janji takkan tinggalkan wani tapi tok tinggal wani jugak...sekarang wani nak bergurau senda dengan sapa???
dulu klau ada citer baru wani selalu citer kat tok ...sekarang ku hanya mampu menceritakan kisah kehidupanku hanya lah di dalam blogspot sahaja...

Saturday 21 June 2014

KENANGAN TERINDAH


 Kenangan terindah masa dikir barat alhamdullilah sebab school SCA mendapat tempat pertama tak sia2 usaha selama 3 hari  walaupun dalam 2 hari tu asyik tukar step ja apa2 pun bersyukur pada allah hari last practice tu pun tak jadi jugak sebenarnya kitaorang berlatih bersungguh- sungguh pun sebab chef reza dah badmood kiranya merajuklah ..aku pun tak sedap hati jugak bila dia badmood sebab tu kitaorang buat betul2 walaupun ada salah sikit masa competition tu..Bila dah menang muka chef happy giler sampai dalan whatsapp group dsku pun smile senyum ja..senang hati aku bila tengok dia happy lagi pun aku tak sampai hati tengok dia badmood mcm tu alahai aku ni pulak yang over ...ahahahahahah sabor je lah..apa2 inilah kenangan yang tak dapat aku lupakan buat selamanya



sweet moments

                                           kami semua adalah mentee chef faizal reza..
cerita semalam 20 june 2014 hari jumaat ni picture semasa perjumpaan mentor mentee
bermakna perjumpaan kitaorang dengan chef reza.Kenapa aku ckp mcm ni?sebab semalam chef reza ada buat lawak sikit masa perjumpaan ni..dia siap tangkap gambar kitaorang lagi hahahaa confirm korang pelik kan asal lah tiba2 dia ambik gambar mentee dia ...semalam dia ckp mcm ni saya dah lama tak jumpa kamu semua ye lah korang kan dah busy sekarang mana sempat nak jumpa korang masa tu semua tergelak bila dia ckp mcm tu hahahaha aku pun gelak ye lah dia ckp dia dapat jumpa kitaorang dalam whatsapp ja. Maksudnya dia tak dapat jumpa kitaorang face to face lah hahahaha
lawak jugak chef ni walaupun tegas dan garang tapi sporting orangnya ..betul ckp mia bila kita dah kenal luaran dan dalaman seseorang itu kita akan terbiasa dengan dia ...macam aku pulak aku dah okay aku tak malu nak whatsapp dia cuma aku malu nak cakap dengan dia bila ada ramai mentee dia hehehe malulah beb dia tu lelaki aku ni perempuan dah lah geng si gadis suka gosipkan aku adui masalah2 hahaha apalah nak jadi dengan diorang apa2 pun just forget about it well it not important in my life and let her be..amboi speaking english nampak ..aku memang jenis mcm tu kalau ckp BM mesti akan keluar BI sikit tak kira lah aku ckp dgn sapa2 pun mesti ada english ...semalam aku whatsapp chef pun ada english sikit..apa2 pun i must learn english because i can use ths language for another time ...and i can communicate with everyone ,anytime and any places.

                                              

Saturday 24 May 2014

Gossip dari geng si gadis

Assalamualaikum semua saya syazwani safiann akan menceritakan perangai kawan2 kolej saya di ptpl shah alam..citer bermula mcm ni sejak chef reza dah start panggil aku wani si farah tak abis2 kenakan aku ..ish3 farah2 sampai tak larat aku nak melayan kerenah diorang ni..tak abis2 gossip benda yang sama terutamanya,syida,balqis,nani dan farah.. mia,ain dan ika jenis tak suka gosip so diorang bertiga ni jenis senyap lah..Yang paling kecoh sekali syida,farah nani dan balqis diorang sampai aku nak makan pun tak senang tak abis2 duk petik nama chef hahaha kesian orang tu.Arwah tok cakap bila kita petik nama seseorang orang tu akan terbatuk ataupun tersedak teruk..hahaha apalah yang jadi dekat mentor aku ni...hahaha apa2 pun biarlah kat dia bukan penting pun dalam hidup aku cewah just important in my life in college not in my house.Aku masih teringat pasal gelagat geng si gadis yang pakai lawa2 last2 kena cuci kitchen memang kelakar siot diorang yang dalam kitchen tu semua pelik tengok pakaian aku sebab aku pakai cantik2 dan tak taw kena cuci kitchen tujuan kita orang dtg kolej untuk ambik uniform kitchen...Bagi aku logiklah klau kena cuci kitchen sebab apa dah ambik kulinari confirm hidup kau di kitchen 24 jam..Apa2 pun chef ckp klau korang dah pilih bidang ni sebagai cita2 korang kena tahan lah 24 jam dalam kitchen ni..Memang nampak mudah buat kerja di kitchen korang takkan taw betapa panasnya hidup di kitchen...sebab tu aku selalu ckp tak ada jalan mudah dalam hidup..walaupun panas bila kita dah biasa kita akan okay bila benda tu dah biasa dengan diri kita sendiri.apa pun terjadi aku takkan berputus asa walaupun aku hanya gagal sekali tak bermakna aku gagal sekali aku akan gagal buat selama-lamanya...sentiasa positive thinking dan elakkan daripada negative thinking....rezeki ada di mana2 allah beri manusia akal untuk berfikir dan berusaha selebihnya allah akan membantu dan kita perlu belajar bersyukur dengan pemberian allah terhadap kita dan jangan mudah lupa asal usul kita sendiri..

Friday 23 May 2014

minggu depan klas dah bermula di kitchen

Assalamualaikum semua..hari ni aku dah dapat semua peralatan dan uniform kitchen .fuhh memang banyak giler lah barangnya mujur farah tolong angkat ..tadi aku sorang angkat sampai terjatuh lagi..hari ni dalam sejarah aku dgn kawan2 aku kitaorang semua dah pakai lawa2 lpas tu ain call chef reza nak tanya pasal uniform kitchen chef suruh kita cuci kitchen ...hahaha terkejut jugak bagi aku cuci kitchen ni tak lah susah mana just bersihkan ja...masa aku sekolah seri kota dulu aku pun cuci kitchen jugak tapi kitchen bilik ert lah bukan kitchen jugak nak mampus ke apa cuci kitchen sekolah ....boleh pengsan terus aku rasa...baru cuci training kitchen dah penat mcm mana nak masak klau penat ...bagi aku walaupun dsku chef ckp susah aku kena buktikan yang dsku sebenarnya seronok dan menarik.Tak ada jalan mudah dalam hidup sebab tu aku kena buktikan dekat chef yang aku dgn kawan2 aku boleh buat walau apa jua keadaan sekali pun...Dalam dsku aku kena berani tak boleh lembik nanti apa pulak kata chef ambik kos kulinari tapi lembik...tadi dia suruh aku cuci tray yang dalam kitchen tu tray tu dah lah besar dan berat dia tunjuk cara cuci tray tu dia ckp kat aku mcm tak pernah basuh pinggan ja hahaha agak2 lah chef ni ..walaupun aku ni nampak lembik tapi aku rajin buat kerja lah..that why aku nak buktikan yang aku tak lembik...aku nak chef taw yang aku ni boleh berjaya dalam hidup ..dan berani dalam menghadapi cabaran...Klau kata aku dah graduate nanti aku akan cuba berani ckp kat chef mcm ni.chef percaya tak ? yang saya boleh sampai ke tahap ni ...saya taw first day saya masuk kolej ptpl chef dah ckp sca susah ...walaupun chef ckp sca susah saya tak akan berputus asa sebab dari saya kecik lagi saya dah minat dgn seni kulinari ni...sebab apa saya minat ??Selalu bila mak saya masak di dapur dia selalu mintak tolong dia kat dapur...dari situlah saya dah mula minat dgn bidang ni...saya tak kisah kalau org nak ckp buat kotor tangan ja bila memasak...sebab saya dah biasa kotor tangan di dapur walaupun chef nampak saya ni jenis suka bergaya tak bermakna saya ni tak minat memasak..klau saya tak minat masak buat apa saya ambik bidang ni...sebab mak saya selalu ckp klau nak universiti ikutlah minat sendiri..klau tak ikut minat sendiri susah nanti bila dah start belajar..Bukan tu ja saya jugak rajin tengok tv iaitu Asian Food Channel..saya suka bila diorang masak mengikut kreativiti diorang sendiri..Dan saya paling suka tengok Masterchef sama ada Malaysia ataupun Australia...sebab dalam masterchef tu diorang mengikut masa yang di tetapkan oleh chef2 terkenal di seluruh dunia...Dan idola saya ialah ezani juara masterchef malaysia..saya teringin nak jadi mcm dia walaupun dia hanya doktor gigi tetapi dia pandai membahagikan masa untuk masak dan bekerja sebagai doktor gigi dalam satu masa...bukannya saya nak glamour mcm dia saya cuma nak ada pengalaman mcm dia...Aku rasa chef reza boleh terkejut bila aku ckp mcm kat dia nanti hahahaha....apalah reaksi dia nanti.Apa2 pun we wait and see time my graduation day will coming soon..:) ;) :D <3 <3 <3 <3

Wednesday 14 May 2014

KENANGAN DI KOLEJ PTPL SHAH ALAM


first day aku daftar di kolej macam-macam perasaan aku ada sedih,marah,takut,gementar dan macam-macam lah serious aku takut giler.tambah aku tengok mentor aku macam garang pun ada?...hmmm memang dia garang pun apa-apa pun aku kena buktikan kat dia yang aku boleh buat dalam bidang culinary arts ni..walaupun chef cakap susah dalam bidang ni aku tak akan cepat putus asa aku akan sahut cabaran tu.aku ambik bidang ni pun sebab aku minat kalau aku tak minat takkan aku nak ambik bidang ni kot???
aku ni pantang di cabar dan aku akan sahut cabaran seseorang tu yang penting buat aku...alhamdullilah mujurlah aku jumpa farah syahirah,siti balqis ,syida diorang lah kawan baik aku di kolej kalau tak ada diorang susah aku nak hidup di kolej hehehe bukannya aku tak boleh ..aku sunyi sebab tak ada teman nak sembang di hostel dan teman untuk pergi makan..dulu masa aku tak kenal depa aku asyik makan sorang2 ja sekarang aku tak sunyi dah ..huhuhu lepas ni balqis nak masuk hostel dah..tak de lah aku sunyi sangat..memang betul cakap farasyafiqa hidup di kolej kena berdikari sebab aku dewasa kat sana...kira byk dugaan jugaklah masa aku belajar kat sana...sweet moment bila aku pergi karoot komedia minggu lepas dengan syida,nani,eka,farah,ain dan balqis best giler dapat tengok artis secara real...kat sana ada jep sepah,yus jambu,marsha,ebby yus dan pelakon tambahan daripada penonton lah..memang terbaik lah lakonan diorang kat sana huhuhu paling best sekali bila dapat masuk tv dah kira popular lah ni??? hahha saja nak glamour sikit..aku tak pernah kisah pun at least aku dapat tengok artis depan mata aku sendiri...hahaha well aku baru cuti masa tu enjoy lah sikit before masuk kelas ..lupa aku nak cakap aku cuti sem 2 minggu ok lah tu sepatutnya aku cuti 3 minggu tapi kena tolak 1 minggu dan jadi 2 minggu sebab aku kena aktifkan ID untuk register subjek biasalah nak exam pun ID kena aktif klau tak dapat masuk exam dan tak boleh print slip exam susah kan? dulu kat sekolah cikgu yang bagi slip tu sekarang kita sendiri yang print sama jugak dengan tempat exam masa aku print slip tu mana ada tulis tempat exam itu aku kena cari dalam sistem e klas learning ...klau nak cari kuiz yang mentor bagi pun kita kena cari dalam e klas tu...kadang2 stress jugak jadi student kolej ni sebab semuanya kena buat sendiri..dulu masa sekolah teringin sangat nak masuk universiti ni bila dah masuk kolej rindu pulak dengan zaman persekolahan biasalah tu semua manusia akan ada sifat macam tu apa2 pun aku akan belajar bersungguh-sungguh di kolej dan aku tak akan kecewakan mama dan papa diorang dah banyak habiskan duit semata-mata untuk tengok aku cemerlang dalam hidup...bila aku dah kerja nanti aku kena ingat jasa baik mama dan papa betul cakap arwah tok tanpa mama dan papa aku tak aku tak akan wujud di bumi allah ni..syukur alhamdullilah..

Wednesday 26 March 2014

cita-citaku lepas spm

Cita-cita aku lepas ialah aku nak jadi seorang chef atau di kenali dengan tukang masak..sejak aku kecil lagi aku dah mula minat dengan bidang masakan ni kadang2 masa aku kat dapur aku selalu tolong mama masak lama kelamaan bila di suruh menolong di dapur aku jadi semakin minat dengan bidang ni ...bukan apa bidang masak ni pun bagus apa boleh dapat kerja jugak ataupun nak kerja sendiri pun boleh cuma ikut kemampuan kita klau aku nak kerja di hotel dulu untuk mencari pengalaman ..lepas tu klau nak kerja sendiri ...aku boleh buka sebuah restoran atau bakeri sendiri...well bukan kerja senang ada juga yang susah dalam dunia tiada jalan mudah melainkan kita meneruskan perjalanan tersebut sehinggalah ia menjadi mudah.mama tak kisah klau aku nak amik bidang seni kulinari sebab mama cakap ikut minat masing2 klau di paksa susah nanti nak fokus time belajar itu cakap mama .bagi aku pula ada gunanya apa yang di ckpkan oleh mama tu kadang2 mak ayah selalu mendesak anak2 supaya ikut minat ibubapa mereka sendiri klau bab minat kita terhadap sesuatu bidang itu kena pilih minat sendiri takut nanti bila dah final graduate masa tu lah baru kita menyesal sebab kena bekerja dengan bidang yang tidak kita minati...sebab tu saya ckp klau nak sesuatu bidang kena ikut citarasa time saya pergi seminar msu ada pensyarah msu tu ckp klau kerja yang baik kena ikut dengan bidang yang kita minat klau kita tak minat susah nanti...masa tu tak guna lagi klau kita menyesal bak pepatah melayu menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna lagi ..cewah aku mentang2 aku belajar bm sampai peribahasa bm pun aku nak tulis hehehe apa2 pun jadikan teladan ...hmmm bila di fikir kan balik lah ada gunanya peribahasa tu sebab peribahasa berkaitan dengan sesuatu yang di alami oleh semua manusia klau tak takkanlah peribahasa tu boleh ada betul tak???