Wednesday 18 May 2016

Diri aku yang baru

Assalamualaikum semua hari ni aku nak story sikit pasal kehidupan aku yang sekarang hidup aku semenjak masuk sem baru iaitu sem 4 memang banyak perubahan. Kenapa aku  cakap banyak perubahan?.. time aku LI aku di tuduh fitnah orang yang aku sayang dan aku cintai itu semua tak betul hanyalah fitnah semata-mata hidup ni bukan senang kita nak puaskan hati semua orang ada aje orang tak suka dengan kita walaupun baik macam mana pun sekali tetap orang bencikan kita. Aku bersyukur sangat pada allah taala kerana aku dapat menghadapi ujian daripadanya alhamdullilah :) bukan setakat aku tenang dalam menghadapi ujian tetapi aku di berikan perasaan cinta yang aku pernah lupakan dahulu...memang dulu aku pernah kecewa time sem 1 dengan seseorang yang aku sangat kenali dan rapat iaitu bff aku sendiri. Aku dah lama maafkan dia walaupun dia pernah tengking dan kecewakan aku setiap manusia pernah melakukan kesilapan dan aku tak menafikan yang aku adalah paling baik dan mulia kerana aku pun hanya insan biasa yang tidak sempurna dan mempunyai kekurangan aku sendiri.

Bff aku atau lebih di kenali sebagai Little Pills gelaran yang di berikan oleh aku untuk dia sebab dialah insan yng sentiasa ada dengan aku walaupun kami pernah bergaduh semasa aku extend LI. Dia seorang lelaki yang baik, peramah, caring dan sweet talker yang aku tak pernah jumpa dalam hidup aku..sejarahnya semenjak pertama kali aku menjejak kaki di PTPL dan bertemu dengannya di Gm klang hidup aku bagaikan mimpi yang indah dan tidak aku jangkakan selama ini. Walaupun aku masih sayangkan abg aku juga sayangkan dia sebagai kawan baik aku...aku tak sanggup melihat mereka berdua dalam keadaan sedih serta kesusahan. Aku sentiasa mendoakan agar mereka berdua di pertemukan dengan perempuan yang jauh lebih baik dari aku tidak layak untuk mereka berdua kerana aku banyak kekurangan aku berharap suatu saat mereka berdua akan bahagia dengan kehidupan masing-masing. Tolong jagakan kedua-dua insan yang aku cinta serta yang aku sayang semoga mereka sentiasa gembira dan bahagia itu yang aku harapkan selama ini.

Aku nak jadi yang baru dan tak mahu jadi yang dulu yang sentiasa lembik dan penakut kerana bila aku terlalu baik ramai orang suka mengambil kesempatan terhadap aku. Perlahan-lahan aku cuba untuk bersabar kadangkala aku sering mengalah dan menangis apabila dugaan menguji aku di saat aku tidak kuat untuk menghadapi semua ini...Mujurlah ada kawan-kawan aku yang sentiasa bersama aku susah dan senang aku tak akan pernah lupakan mereka walaupun aku sudah berpisah dengan mereka pada masa akan datang.