Monday 26 October 2015

Kamulah Takdirku..

Assalamualaikum semua hari ni aku nak story sikit pasal aku dengan dia ...siapa dia?..maksud aku abanglah hihihihi...alhamdullilah aku bersyukur pada atas pemberian allah untuk aku... aku tak pernah menyangka abanglah takdir yang aku mencari selama ini...mengalir air mata aku bila mengenangkan kembali detik perkenalan aku bersama abang pada permulaan di wechat...time tu aku baru lepas frust dengan capital f sehinggakan aku tak percaya cinta manusia lagi...aku give up ...dengan kuasa allah taala aku di takdirkan untuk berkenalan dengan abang aku berasa sungguh bahagia...tetapi?..bahagia itu hanya sementara kerana abang seorang playboy dia hanya berpura-pura mencintai aku hanya tuhan saja yang tahu betapa peritnya hati aku kerana aku terlalu mencintai dia kenapa dia permainkan cinta aku??...bila aku menyiasat tentang diri abang barulah aku tahu kenapa dia jadi playboy...mesti korang nak tahu kan??..abang pernah di kecewakan oleh ex-gilrfriend dia sebab apa aku tak tahu sebab abang suka pendam masalah dia tak suka cerita dengan orang...boleh di katakan abang ni seorang yang misteri dan sukar untuk di jangka tentang dia ...kerana ego abang terlalu tinggi hanya seorang perempuan saja yang mampu bertahan dengan perangai dia walaupun pernah di hina dan pernah di malukan oleh orang yang dia cintai...aku selalu berdoa pada allah agar allah lembutkan hati dia untuk aku...betul kata orang doa orang yang teraniaya cepat aje di makbulkan oleh nya..kini abang sudah berubah menjadi dirinya sendiri...berubah ???..yup dia berubah jadi sweet,romantik,caring,penyayang dan peramah...semakin hari cinta aku terhadap abang semakin bertambah malah bukan berkurangan...aku cuba untuk lupakan abang selepas dia kecewakan aku tapi tak berjaya jugak...bak kata sha mungkin allah sudah wujudkan perasaan dalam diri abang sebab tu lah perasaan dalam diri aku tak boleh hilang begitu saja..pada mulanya aku tidak percaya dengan kata-kata sha ...kini aku sudah percaya kerana abang sudah memberikan respon yang positif sehinggakan dia ajak aku kawin ..kerja giler kan??..dia suruh aku kenalkan dia dengan parents aku ..terkejut bila aku dengar dia cakap macam tu dengan aku..hati manusia sentiasa berubah itulah yang sering di maksudkan oleh sha...aku berharap semuanya akan berjalan dengan lancar...Insha-Allah dengan keizinannya..

Wednesday 21 October 2015

Dugaan hidupku

Assalamualaikum semua hari ni aku nak story sikit pasal perasaan aku tak taw lah kenapa semenjak hati aku dah berbunga2 ...makin kuat sensitif pulak aku ni...dulu time hati aku jadi hati batu tak de lah sampai sensitif macam ni relax ja...ini makin kuat pulak perasaan aku terutama sekali perasaan jealous ini paling bahaya ...kata orang jealous tu tandanya sayang itu jealous sikit kalau jealous terlebih tu namanya membahayakan sebab manusia bila dah terlalu sayang seseorang dia sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan orang yang dia sayangkan tu....aku berharap sangat aku dapat control perasaan jealous ni dengan baik sebab aku tak nak lah di sebabkan benda kecik masalah menjadi besar itu tak elok namanya...apa2 pun kita elak-elakkan perasaan jealous terlebih ni ....amboi dah macam citer elak2 lak???...hihihihi tak apa sekali sekala aje...btw i really miss abang dah 4 bulan tak jumpa dia katanya muka dia makin handsome and licin huhuu tak sabarnya nak jumpa dia aku teringin sangat nak tengok depan mata aku sendiri....setiap kejadian ada hikmahnya ....dan kita hanya merancang tetapi allah yang menentukan sebaik-baik perancang ialah allah swt..

Monday 19 October 2015

Dewi kaulah hidupku aku cinta padamu sampai mati.

Assalamualaikum semua hari ni aku nak story sikit pasal kehidupan aku yang sekarang alhamdullilah semuanya berjalan dengan baik tetapi baru2 ni aku telah di kejutkan oleh sebuah berita gembira iaitu abang nak aku kenalkan dia dgn parents aku seriously??...mesti korang tak caye kan??.bukan korang aje aku pun tak caye rasa macam semua ni mimpi aje ...alhamdullilah mungkin jugak ni adalah petanda baik yang untuk aku mungkin dia nak serious dengan aku rasanya...betul tak??...apa pun aku berharap semuanya akan berjalan dengan lancar terima kasih ya allah kerana kau telah memakbulkan setiap doa2 ku...aku berjanji pada diri aku apa pun yanng berlaku aku tak akan sesekali kecewakan dia sebab aku tak suka tengok dia sedih biarlah aku seorang yang menanggung segala keperitan asalkan bukan dia yang menanggung semua keperitan itu...aku tidak sanggup untuk biarkan dia bersedih lagi macam dulu cukuplah dengan apa yang dia lalui time sekolah dulu dgn ex dia...setiap kejadian ada hikmahnya sekarang aku baru tahu kenapa aku tak di takdrikan dgn capital f sebab dia bukan yang terbaik untuk aku...hanya abang sorang aje yang dapat membahagiakan aku ...cewah ayat?..tak boleh blah langsung hahah saja nak perasan jap sekali sekali kan???..inilah cerita aku sepanjang 2 tahun aku meneruskan kehidupan inshaallah akan ada penghujungnya nanti amin...setiap kejadian jadikan sebagai pengajaran dan teladan from me A.K.A lovesyaz(syazwanisafiann)....#MISIKUZA...:) ;)

Wednesday 7 October 2015

love story

assalamualaikum korang hari ni aku nak bagitau korang yang aku dapat rasakan yang dia sukakan aku sebab perangai dia semakin pelik sehingga membuatkan aku keliru. adakah dia sukakan aku???..atau itu hanya main-main aje??..sha pernah cakap mungkin ada 2 iaitu dia memang serious dan main-main aje....kata orang lelaki ego kerana suka pendam perasaan sendiri bila dah suka...kalau dia suka aku tak boleh cakap apa2...hanya menerima takdir dan ketentuan allah...aku seronok tengok dia happy dan bahagia..cuma aku pelik kalau dia ada perasaan terhadap aku sebab dia kan hati batu tiba2 pulak nak jiwang kan??...mestilah kelakar giler korang....kalau betul dia sukakan aku alhamdullilah akhirnya allah berikan rasa cinta itu pada dia...kaulah hidupku aku cinta padamu sampai mati....ohhhh dewi..hihihihii

Tuesday 6 October 2015

i so happy :)

Holla and assalamualaikum everyone aku happy sangat cause tak lama lagi aku nak balik shah alam dah ...yahoo!!! aku bersyukur pada allah kerana dia telah memakbulkan semua doa2 aku selama ini. and yang paling aku excited when my birthday is coming in my life....akhirnya aku sudah 19 tahun dah jadi senior pun hahaha just kidding aku tak pernah menyangka dengan kehadiran aku dalam hidupnya kini telah memberi kesan yang mendalam ??..why??..actually abg dah banyak berubah aku tak taw sebab apa...tak akanlah sebab minyak pengasih pulak??..tu semua syirik ..semua tu berubah sebab ketentuan allah itu yang paling terbaik kerana dari dia kita datang dari dia jugak kita pergi aku selalu ingat kata2 itu walaupun kadang2 lupa hahahah....biasalah aku ni giler sikit kalau tak jumpa dengan kawan2 aku...asyik mereput kat umah ja....apa2 pun aku bersyukur sebab dia dah banyak berubah aku berharap ini adalah perubahan yang selamanya...insha-Allah amin ya rabbalalamin. ;) peace no war