Wednesday 14 May 2014

KENANGAN DI KOLEJ PTPL SHAH ALAM


first day aku daftar di kolej macam-macam perasaan aku ada sedih,marah,takut,gementar dan macam-macam lah serious aku takut giler.tambah aku tengok mentor aku macam garang pun ada?...hmmm memang dia garang pun apa-apa pun aku kena buktikan kat dia yang aku boleh buat dalam bidang culinary arts ni..walaupun chef cakap susah dalam bidang ni aku tak akan cepat putus asa aku akan sahut cabaran tu.aku ambik bidang ni pun sebab aku minat kalau aku tak minat takkan aku nak ambik bidang ni kot???
aku ni pantang di cabar dan aku akan sahut cabaran seseorang tu yang penting buat aku...alhamdullilah mujurlah aku jumpa farah syahirah,siti balqis ,syida diorang lah kawan baik aku di kolej kalau tak ada diorang susah aku nak hidup di kolej hehehe bukannya aku tak boleh ..aku sunyi sebab tak ada teman nak sembang di hostel dan teman untuk pergi makan..dulu masa aku tak kenal depa aku asyik makan sorang2 ja sekarang aku tak sunyi dah ..huhuhu lepas ni balqis nak masuk hostel dah..tak de lah aku sunyi sangat..memang betul cakap farasyafiqa hidup di kolej kena berdikari sebab aku dewasa kat sana...kira byk dugaan jugaklah masa aku belajar kat sana...sweet moment bila aku pergi karoot komedia minggu lepas dengan syida,nani,eka,farah,ain dan balqis best giler dapat tengok artis secara real...kat sana ada jep sepah,yus jambu,marsha,ebby yus dan pelakon tambahan daripada penonton lah..memang terbaik lah lakonan diorang kat sana huhuhu paling best sekali bila dapat masuk tv dah kira popular lah ni??? hahha saja nak glamour sikit..aku tak pernah kisah pun at least aku dapat tengok artis depan mata aku sendiri...hahaha well aku baru cuti masa tu enjoy lah sikit before masuk kelas ..lupa aku nak cakap aku cuti sem 2 minggu ok lah tu sepatutnya aku cuti 3 minggu tapi kena tolak 1 minggu dan jadi 2 minggu sebab aku kena aktifkan ID untuk register subjek biasalah nak exam pun ID kena aktif klau tak dapat masuk exam dan tak boleh print slip exam susah kan? dulu kat sekolah cikgu yang bagi slip tu sekarang kita sendiri yang print sama jugak dengan tempat exam masa aku print slip tu mana ada tulis tempat exam itu aku kena cari dalam sistem e klas learning ...klau nak cari kuiz yang mentor bagi pun kita kena cari dalam e klas tu...kadang2 stress jugak jadi student kolej ni sebab semuanya kena buat sendiri..dulu masa sekolah teringin sangat nak masuk universiti ni bila dah masuk kolej rindu pulak dengan zaman persekolahan biasalah tu semua manusia akan ada sifat macam tu apa2 pun aku akan belajar bersungguh-sungguh di kolej dan aku tak akan kecewakan mama dan papa diorang dah banyak habiskan duit semata-mata untuk tengok aku cemerlang dalam hidup...bila aku dah kerja nanti aku kena ingat jasa baik mama dan papa betul cakap arwah tok tanpa mama dan papa aku tak aku tak akan wujud di bumi allah ni..syukur alhamdullilah..

No comments:

Post a Comment