Saturday 4 April 2015

Hidup aku bermain di sebuah mimpi

Assalamualaikum semua hari ni aku nak menceritakan tentang mimpi yang aku selalu dapat ..sebenarnya aku pun tak tahu nak cakap macam mana tentang mimpi aku tu sebab aku mimpi 2 lelaki yang aku pernah suka ..dulu aku suka pada lelaki yang pertama sebab dia caring tentang diri aku sebab tu lah sampai sekarang aku tak dapat lupakan dia langsung.Tapi itu sementara saja bila dia dah ada orang lain dia dah lupakan kawan2 nya sendiri di sebabkan itulah aku semakin kecewa bila nampak dia bersama orang lain.Perasaan ni bukan aku yang mintak perasaan tu datang sendiri .aku terpaksa sabar dan redha dengan ketentuan allah sebab itulah aku belajar untuk lupakan dia.Semasa aku cuba lupakan dia datang pulak lelaki kedua dalam hidup aku masa aku tengah kecewa .masa tu hidup aku mula berubah dan seperti berada di sebuah mimpi yang indah.aku bersyukur sangat sebab walaupun hidup aku penuh penderitaan tetapi akhirnya kebahagiaan datang jua dalam kehidupan aku.Sekarang aku keliru tentang hati aku sebab aku selalu mimpi 2 lelaki pada masa yang sama.Hidup aku ni lebih kurang macam drama misikuza lah sebab kuza tak tahu dalam hati dia sukakan siapa sama ada Dr Aaron atau Airiel???...itulah yang tengah berlaku dalam hidup aku ...mungkin ini semua ujian daripada allah taala dan aku hanya mampu berdoa untuk ketahui perkara yang sebenar.

No comments:

Post a Comment