Wednesday 14 September 2016

Luahan hati aku

Assalamualaikum hari ni aku nak story sikit pasal perasaan aku terhadap LP kadang2 aku keliru dengan perasaan aku sendiri..entahlah aku tak tahu nak cakap macam mana hati aku sakit, perit bila aku teringatkan sejarah silam yang menimpa diri aku time sem 1. Aku tak tahu kenapa susah sangat nak lupakan sejarah silam tu padahal dah 2 tahun lebih peristiwa tu terjadi.. Aku dah lama maafkan dia walaupun dia pernah sakitkan hati aku dan sering buat aku nangis tapi dialah insan yang pernah membahagiakan aku dan selalu ada time aku susah dan senang itulah sahabat sejati aku di kolej...tak sepatutnya aku mempunyai perasaan suka terhadap dia kerana jika perasaan itu muncul akan memusnahkan tali persahabatan aku dengan dia walaupun dia tak pernah ada perasaan dengan aku.. Hidup ini tak selalu indah kadangkala ia akan bertukar menjadi kegelapan serta kesedihan seperti matahari bertukar menjadi hujan itulah perumpaannya. Aku dah cuba buang perasaan sayang ni sejak dari sem 1 lagi tapi still ada lagi perasaan tu dalam diri aku..patutkah aku biarkan perasaan itu atau aku buang saja???...itulah persoalan yang bermain dalam fikiran setiap hari. Aku sayang LP lebih dari seorang sahabat dan aku tak sanggup tinggalkan seorang sahabat yang sanggup ada time aku susah ,senang maafkan aku sahabat kerana dulu aku pernah tinggalkan kau bila aku dah jumpa kebahagiaan yang baru sehingga aku lupakan kau dari hidup aku.. Kali ni aku janji aku tak akan tinggalkan kau lagi macam dulu sebab aku tahu kau perlukan sahabat susah dan senang itu janji aku terhadap kau LP.

No comments:

Post a Comment