Wednesday, 24 February 2016

Hilang sesuatu yang lama akhirnya dapat sesuatu yang baru

Assalamualaikum semua hari ni aku nak story sikit pasal aku dengan capital f syukur pada allah walaupun dah bebulan kami tak bertegur akhirnya kini kami sudah berbaik kembali..aku bersyukur dapat berbaik dengan dia sebab hidup aku tak tenang kalau aku gaduh dengan sesiapa pun.Dan crush yang aku pernah sayang dah jadi milik orang lain mungkin dia bukan di takdirkan untuk aku bak kata orang "kau hilang sesuatu yang kau sayang malah allah telah menggantikkan dengan sesuatu yang lebih baik untuk kau dan amat bermakna untuk kau."..baru aku percaya apa maksud tu dan aku faham maksud tersebut hidup aku ni penuh dengan cabaran dan dugaan kehidupan nak tak nak aku kena lalui jugak sebab inilah kehidupan yang akan di tempuhi oleh seorang manusia walau apa jua keadaan yang sedang di tempuhi itu tapi sebalik dugaan yang kita lalui ada hikmahnya kerana allah tak akan menguji seseorang itu tanpa sebab yang munasabah kerana setiap kejadian bersebab dan mempunyai maksud yang tersirat.

Saturday, 13 February 2016

tabahkan hatiku

Assalamualaikum korang dah lama aku tak update kat blog ni sebab terlalu  busy LI alhamdullilah aku dah berjaya habiskan LI aku yang aku tunggu selama ini...cuma banyak dugaan yang aku lalui semenjak aku LI selepas satu ..satu dugaan yang datang dalam kehidupan aku sehingga aku hampir give up selepas aku alami gastrik yang teruk sehingga kena check up kat hospital jugaklah...kadaangkala aku pernah benci dengan apa yang terjadi pada diri aku sendiri tetapi apakan daya??..allah tak akan menguji seseorang tanpa sebab pasti ada hikmah yang kita tak pernah ketahui..aku pernah dengar kata..kata ini" The bad thing is good for you and the good thing is bad for you" bermaksud tak mungkin benda yang aku suka adalah yang terbaik untuk aku malah yang buruk itu adalah terbaik untuk aku....dan aku berharap allah akan berikan petunjuk untuk aku bahawa aku tidak pernah menfitnah kawan baik aku sendiri..hidup ini pasti ada sahaja manusia yang tidak akan berpuas hati dengan kebahagiaan orang lain.

Monday, 4 January 2016

LI OHH LI

Assalamualaikum semua sedar tak sedar dah masuk pun tahun 2016 dan kini aku telah genap 20 tahun cepat betul masa berlalu tetapi walaupun aku dah 20 tahun aku perlu tabahkan hati untuk meneruskan perjalanan hidup aku sesungguhnya aku tidak kuat.Kenapa aku cakap macam tu??..sebabnya aku terlalu rindukan kawan-kawan aku klau ikutkan hati aku tak sanggup nak teruskan hidup aku sebab terlalu banyak dugaan yang datang pada aku atas nasihat dan sokongan daripada kawan-kawan aku cuba untuk kuat walaupun sebenarnya aku rapuh dari dalaman diri aku.Tak pe beb only 6 weeks for LI after that you free from LI..aku dah rindu sangat nak masuk kelas, rindu nak join mentoring, rindu nak buat assignment, rindu nak study for exam and one more thing aku rindu nak hangout dengan kawan-kawan aku sabarlah wahai hati kerana sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya mungkin ada sebab kenapa kau perlu berpisah dengan batch kau tu..maybe?jujur aku cakap aku jealous dengan batch aku diorang dah abis LI then diorang boleh teruskaan kelas macam biasa ye lah dah abis LI memanglah itu aku faham yang aku tak boleh terima hakikat kena berpisah dengan kawan-kawan aku tu ja ...allah tahu kau kuat syaz sebab tu lah dia berikan ujian ni pada kau kalau dia tahu kau tak kuat dia tak akan bagi ujian ni pada kau..think anout it syaz kadang-kadang allah menggantikan sesuatu yang lebih baik untuk kita tanpa kita sedari...think positif.

Thursday, 24 December 2015

Assalamualaikum semua hari ni aku nak story sikit pasal diri aku semenjak dua tiga hari ni banyak dugaan yang aku lalui sekarang hanya allah saja yang tahu macam mana perasaan aku sekarang.Jujur aku cakap aku terlalu rindukan kawan-kawan aku semenjak aku extend lagi bukan setakat extend aje dah lah tak sama kelas.Tinggal beberapa hari je lagi nak masuk bulan januari maka akan genap lah 2 bulan aku LI then tinggal sebulan aje lagi nak abis LI serius aku cakap aku rindu semua assignment, kelas dan semualah.Yang paling aku rindu adalah anak-anak papa reza itu paling penting dalam hidup aku.Tak pe bila aku dah masuk sem 4 aku boleh join balik aktiviti mentoring dengan batch aku ya allah aku berasa sangat bahagia dapat bersama dengan kawan-kawan aku huhuhu feeling jap.:P kadang2 aku ni suka berjiwang sikit dengan kawan2 aku ye lah nak berjiwang dengan sapa lagi kan??..kata orang lagi sweet berkawan daripada bercinta itulah kata-kata yang aku selalu ingat dalam fikiran aku.Cuma sekarang ni aku tak kuat nak tempuh ujian yang datang pada diri aku sehingga aku give up tapi bila kak rayyan dengan sha bagi aku kata-kata semangat barulah aku ada semangat nak teruskan study aku lagi pun aku extend LI sebab aku sakit bukan suka2 nak extend LI tapi aku terpaksa allah sahaja faham perasaan aku macam mana.Setiap kejadian ada hikmahnya itulah yang kawan-kawan aku selalu cakap dengan aku walau apa terjadi aku kena kuat dan bersabar..ada hikmah sebalik kejadian semua ni.Setiap kali aku akan menangis bila mengenangkan dengan apa yang terjadi pada diri aku semenjak sem 1 lagi tak pe lah aku redha dengan semua ketentuannya aku berharap capital f dapat jumpa perempuan yang jauh lebih baik dari aku Insha-Allah aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.

                    

Saturday, 19 December 2015

Assalamualaikum bagi sesiapa yang berminat nak join RO anda boleh contact nombor di bawah kerana setakat ini kami masih memerlukan ramai guest untuk join RO kami.Anda boleh mecuba pelbagai jenis makanan sempena hari krimas kerjasama anda amat kami hargai jom support kawan-kawan saya kerana kami perlukan sokongan daripada anda semua.Hanya RM 30 sahaja time lunch yang diadakan di mock fine dining block c ptpl shah alam.
kami akan berikan layanan yang bagus agar kami dapat memuaskan hati anda semua.

Thursday, 17 December 2015

Dugaan ohh dugaan

Assalamualaikum korang sihat?..dah lama tak update blog cause busy dengan LI .hmmm cakap pasal LI tinggal sebulan aje lagi huhuhu tak sabarnya nak habis aku rindu semua batch aku dan rindu mentee chef reza ...dah lama jugak aku berpisah dengan diorang semenjak aku extend lagi..sekarang pulak tak sama kelas memang berpisah selamanya hahaha deep ja ayat aku ..biasalah aku ni terlebih over sikit ...tapi serius aku rindu nak masuk kelas, rindu nak buat assignment macam dulu walaupun busy dengan kelas dan assignment tapi tu semua pengalaman bagi aku pengalaman yang tak dapat di lupakan pada masa akan datang Insha-Allah akan aku ingat sampai bila-bila.

Thursday, 3 December 2015

restoran operation

Assalamualaikum bagi sesiapa yang berminat untuk join restoran operation anda boleh contact nombor  yang berada di bawah.Bayaran hanya Rm 30 sahaja bagi sesiapa yang ingin mencuba masakan thai daripada student ptpl shah alam.Mungkin di luar sana anda tidak akan dapat bayaran sebanyak Rm 30 malah jauh lebih mahal berbanding harga yang di tawarkan oleh kami ...jom support kawan-kawan saya kerjasama anda amat kami hargai jika anda berminat boleh contact no di bawah untuk kehadiran anda ke majlis Restoran Operation sebarang masalah atau kecemasan anda boleh inform kami terlebih dahulu sebelum memberi nama penuh anda kepada kami.