Friday, 17 February 2017

kadangkala dugaan juga membuatkan aku terus kuat tanpa aku sedar

Assalamualaikum semua hari ni aku nak bagitahu sikit pasal life aku..mungkin aku dah give up nak kejar lelaki dalam hidup aku lagi..cukuplah dengan apa yang aku lalui selama ni..lagi pun new crush aku tu dia lebih sayangkan gf dia tu..aku tak ada hak nak rampas bf orang...berdosa kalau aku buat macam tu..jujur aku cakap memang aku sayang dia.. aku hanya kawan dia aje bukannya orang yang penting dalam hidup dia..ni semua adalah takdir hidup aku tak boleh nak salahkan takdir sebab semuanya dah tertulis sejak aku kecil lagi...aku cuba untuk kuat walaupun hati aku rapuh..aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau new crush ..aku suka tengok kau happy sebab aku pun happy..aku harap kau bahagia dengan dia berkekalan dunia dan akhirat..maafkan segala kesalahan aku terhadap kau..hanya allah saja yang tahu betapa sakitnya hati aku bila aku nampak dia bahagia dengan orang lain..aku dah cuba buang perasaan tu tapi tak berjaya sebab aku pernah sayangkan dia..tapi aku perlukan masa yang lama untuk aku terus lupakan dia buat selamanya..

Wednesday, 15 February 2017

crush ohh crush

Assalamualaikum semua hari ni aku nak bagitahu pasal life aku kat korang semua..sejak aku rapat dengan new crush macam2 pulak dugaan yang datang...hanya tuhan saja yang tahu..aku mengaku yang aku memang dah lama sayangkan dia dalam diam...perasaan tu datang tanpa kita sedar..di sebabkan gf dia dah abis extend ..agak susah untuk aku jumpa crush aku tu sebab now dia tengah LI iaitu latihan industri selama 3 bulan..now aku rindukan sebab last jumpa dia 2 weeks ago..and baru2 ni aku ada salah fhm dengan dia ..tak tenang hati aku bila di buatnya sebab aku salah time ws dia...sampaikan dia marah aku dan block aku di media sosial...itu aku memang salah aku..dan aku mintak maaf sangat2 dengan dia..sebab aku tak nak gaduh dengan dia ..and aku tahu cara aku untuk larikan diri dripada dia adalah salah sebab..mungkin dia still perlukan aku sebagai kawan rapat..and aku berjanji aku akan sentiasa menjadi kawan dia yang terbaik dan nasihat dia ke arah kebaikan insha-allah lagi pun aku bukan baik sangat..tapi aku cuba menjadi lebih baik...sebab dalam hidup ni tak semua orang yang sempurna pasti setiap seorang ada kelemahan dan kelebihan itulah di gelar manusia biasa. ni first time aku jatuh cinta dengan crush yang comel and handsome hahaha cenggini ;) kadang aku melting jugak pandang muka dia tu sebab walaupun dia anak sulung muka baby face..aum haha aku bersyukur sebab allah taala pertemukan aku dengan dia...kalau dia social life pun aku tak kisah janji orang tu baik dan ikhlas berkawan dengan aku...sebab aku bukan baik dan suci seperti malaikat aku pun manusia biasa jugak yang sering buat kesilapan ..mama pernah cakap dengan aku tak salah kalau kita baik dengan seseorang walaupun life dia teruk...sebab life manusia ni lain2..asalkan dorang tahu batas pergaulan dan ingat agama..kadang aku nasihat agama jugak dengan crush aku ni..bukan setakat agama aje ...macam2 lah yang aku share dengan dia pasal life akulah ...personal problem ..biasalah dah nama pun kawan rapat walaupun dia bf orang..tapi kadang kala aku jealous jugak bila tengok dia sweet dengan gf dia tu..beruntung kut siapa dapat lelaki mcm crush aku tu walaupun ramai tak suka dia sebab dia malas buat assignment ...tapi dia pandai amik hati perempuan..alahai dahlah dia tu sweet hihi ish berangan pulak...aku happy kalau tengok dia hidup bahagia..aku akan sentiasa doakan yang terbaik .walaupun dalam diam dia tu orang yang aku paling sayang ..tapi dia jugak kawan aku dunia akhirat ...thanks tak pernah jemu dengan perangai aku walaupun kadang rimas sebab aku selalu ws kau hahaa..really sorry okay..i taw memang salah i tapi you always sabar dengan i ...thanks do.

Tuesday, 27 December 2016

Tentang aku

Assalamualaikum semua dah lama jugak aku tak update blog ni sebab terlalu busy dengan final exam alhamdullilah arini aku last paper ..yahoo habis jugak paper exam aku untuk sem ni..ro dah settle kitchen pun dah settle..tak de lah stress lagi..paling pening pasal ro bila dapat PA yang jenis susah nak bagi kerjasama tu yang paling menyakitkan hati aku sampaikan chef pun tak percaya dengan cakap aku..nasib ohh nasib now semua tu dah lepas..chef pun percaya yang aku ni banyak buat kerja dalam ro tu...sejak sem ni jugaklah aku ada new crush atau lebih kenali sebagai 'skandal' dalam diam..kerja gila kan?.. yup memang kerja gila sebab dia tu dah ada gf..tapi boleh ada affair dengan aku dalam diam..selalu aku tengok dalam drama tv aje ..skandal dalam diam ..rupanya realiti dalam hidup pun memang ada cuma aku aje yang tak pernah sedar..kadangkala aku serba salah jugak dengan perasaan aku ni ..sebab cepat jatuh hati dengan orang lain ..macam aku ada perasaan dekat new crush aku ni ..adui masalah betul lah ..new crush aku ni pulak best friends dengan happy pills aku ..tu yang aku cakap kerja gila ..sebab dengan best friends dia pun boleh jadi skandal aku dalam diam. new crush aku ni ramai yang tak suka dia sebab orang cakap dia malas buat kerja dalam kelas ..macam grouping , assignment dan macam2 lah..classmates aku cakap orang macam dia kena push sikit means dia akan dengar cakap bila di suruh buat kerja...barulah dia akan buat kerja macam assignment dan report. Adik aku tak galakkan aku untuk tolong dia sebab katanya dia tu so lazy..tapi tak salah pun kalau aku tolong dia ..sebab cikgu aku pernah cakap dalam hidup ni kita tak boleh kedekut ilmu walaupun sebesar zarah pun..mungkin hari ni aku tolong dia manalah tahu masa akan datang dia tolong aku pulak ke??..kan??..sebab tu lah aku tolong dia ..lagi pun aku suka tolong orang ni tapi berpada pada lah..jangan over..

Wednesday, 16 November 2016


Anda mencari sabun susu kambing dengan Sabun beras?
Nak kulit wajah putih dan cantik?
Jangan risau sabun ini dapat menghilangkan jerawat dan jeragat
Dapat mencerahkan kulit
Dapat menghilangkan parut
Hanya Rm 6 sahaja
Dapatkan segera sementara stok masih ada
Jika berminat anda boleh contact saya melalui WhatsApp 0175352614 (syaz)
Kami adalah pakar kecantikan untuk membantu masalah kulit wajah anda
#Sophiepuremarinecollagen
#Jomcantikbersamasophie

Hidup aku penuh dengan drama novel

Assalamualaikum semua arini aku nak story sikit pasal hidup aku yang sekarang ..alhamdullilah now i happy with my life but.. but what??..semenjak happy pills aku pergi LI.. semua dah berubah sejak aku rapat dengan kawan dia tu..ya allah dengan tak sengaja aku boleh sayangkan kawan dia tanpa aku sedar...semua ni sejak aku rapat dengan kawan dia tu kat facebook bila aku chat dengan dia..betul cakap orang lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan sebab salah seorang daripada dorang akan simpan perasaan terhadap satu sama lain.. itulah yang terjadi pada aku sekarang ..kadang aku terfikir jugak kenapa hidup aku selalu ada kaitan dengan bf orang..aku tak nak lah di label sebagai perampas bf orang pulak..sebab dulu time dengan happy pills gf dia pun jeles dengan aku sebab aku rapat dengan bf dia tu..padahal kawan baik aku kut..pada masa yang sama aku ada perasaan terhadap dia dalam diam..tapi aku mampu diamkan diri aje sebab aku tak nak dorang bergaduh besar di sebabkan oleh aku..walaupun aku pernah sayangkan dia lebih daripada seorang kawan. Aku redha dengan apa yang terjadi pada diri aku time tu dengan kuasa allah taala aku dapat rasakan bahagia yang baru daripada abang walaupun hanya sementara..Bila happy pills dah bahagia dengan gf dia tu aku pun membuat keputusan untuk bebaskan dia daripada hidup aku dan mulakan hidup yang baru..
Mungkin ini di katakan takdir dia clash dengan gf dia tu dan ada perasaan terhadap aku tapi aku tak mampu nak terima dia dengan apa yang terjadi sem 1 dulu..hanya allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ni bila cinta kena reject. dugaan ohh dugaan now dengan bf orang jugak ..macam mana lah aku boleh sayangkan dia tanpa aku sedar..rasanya kalau aku tak chat dia kat facebook pun aku akan kenal dia jugak sebab allah dan rancang semua ni..aku harap aku dapat tempuhi semua dugaan ni dengan hati yang tabah..aku cuba jauhkan diri daripada dia bila aku sedar aku dah mula sayangkan dia ...tapi mampukah aku lari dari kenyataan??sebab aku sama kelas dengan dia..

Saturday, 17 September 2016

I MISS MY BATCH(mentee chef reza)

Assalamualaikum korang hari ni aku tak tahu kenapa aku sebak sangat bila tengok picture batch aku ...mungkin aku rindukan diorang semua especially my bff ..kenapa aku sedih??.. sebab aku sayangkan diorang sejak aku sem 1 lagi..tapi lepas ni diorang akan pergi LI 2 so aku dah tak ada lagi kawan baik aku macam diorang ..kadang2 bila aku tengok picture diorang semua aku akan mengalirkan air mata hati ni sakit sangat aku tak mampu nak lepaskan diorang semua pergi tapi aku terpaksa lepaskan diorang kerana semuanya sudah tertulis..ya allah kuatkan diri aku kerana aku tak mampu untuk bertahan dan berjauhan dengan diorang semua..aku hanya mampu berdoa agar diorang sentiasa dalam perlindungan allah taala.. i love you all mentee chef reza( anak-anak papa reza)